My Hero. MUST SEE!!

Friday, March 5, 2010

Birthday Basher

What a day... Ok, ok. Untuk peeps yang tak tahu apa terjadi ni, meh aku terangkan. Sebenarnya on 3rd of March haritu birthday aku. So first of all, aku na cakap terima kasih lah pada sesiapa yang wish aku haritu. Terima kasih atas ingatan tu. I really appreciate it.

Mulanya cerita harini bila Mar kata na belanja aku makan KFC pukul 5 petang. Punyalah aku elak, sebab aku ingat na balik awal. Tapi, dia kata tak boleh. Kena tunggu pukul 5 jugak. So, ok lah. Aku pun tunggu je lah. Dalam pada tu, aku perasan yang dia ni tak lekang dengan talipon dia. Apahal minah ni? Masalah bomoh kampung dia tak boleh na bagi ayam makan ke? Kena mintak tolong dia ke? Tapi aku buat donno je. Malas aku na layan.

Pukul 5, dia ajak ke KFC sebelah UM ni je. Masa parking tu, actually aku dah nampak Eda dengan Anis tengah berjalan masuk. What are the odds derang makan pada hari yang sama, waktu yang sama, tempat yang sama? Tapi aku masih buat donno jugak. Konon nya bila masuk, aku na tegur derang lah.

Dengan konfiden, aku melangkah masuk! ehem.. ehem...

Tiba-tiba kat hujung sana ada orang nyanyi nyanyi. Kat situ ada Eda, Anis, Jimi, Yus, Dila, Dhika, Dwi, Amal dan Nurul. Parti lah ni... Tapi bukan parti tupperware atau parti politik. Menyambut birthday aku rupanya. Makan punya makan, aku macam sense something not right la. "Ini dah buat suprise, ntah apa suprise lagi waiting ahead!"

Tekaan aku betul, tiba tiba si Dia mucul la pulak. Gedebuk gedebak la I. Tapi serius, memang aku macam boleh agak. Dia selalu cakap, that's our bonding. Husband and wife memang macam tu. Well, insyaAllah akan jadi macam tu dan terus jadi macam tu. Patut lah malam sebelum tu bila aku call, Dia macam hesitate na mengangkat. Kata dalam hostel, tapi rupanya kat rumah sewa. Tengah hari tu pulak bila aku call, tak na angkat. Message aku kata dalam toilet. Rupanya dalam bas. Nakal! Tapi kesungguhan Dia buat sambutan hari jadi untuk aku memang aku respek la. Walaupun aku tau, student, kekurangan dana, dan Dia masih mampu ketepikan sikit duit untuk jadikan birthday aku a memorable one, dan menabahkan hati membayar duit tiket bas yang sepatutnya (kalau Dia just ikut bas ALAM tu) free. Thanks a lot Hubby! That's why I love you~

Haaa..kan da mengalir dah! ni yang aku malas ni.. Dah la, na hembus hingus jap!