My Hero. MUST SEE!!

Saturday, April 24, 2010

CHICKEN-oh-CHICKEN

Ok, bukan aku tak sayang binatang. I'm an animal lover alright! Aku ada 2 kucing kot kat rumah -previously ada lagi satu tapi dah meninggal. Sob sob!

Well, aku sokong segala usaha PeTA dan apapun NGO/Non-profit Organizations yang menentang keras cruelty to animal. Tak ada masalah. Memang most of it makes sense lah. Animals were hunted for their skin, fur, ivory. Apa ni? Cosmetics will be tested on animal first... Those are just plain cruel lah. Tapi ini ada satu cerita tentang McCruelty, organisasi anti kezaliman terhadap ayam ayam untuk dibekalkan kepada McDonald. Some of it boleh diterima pakai, but some are not.

Kalau di tengok dari main goal of this campaign is to change from the currently used method of killing the birds to a less cruel one. Apa yang cruel dikatakan ialah menyembelih ayam ayam ni dengan menggantung terbalik dekat mobilized shackles. Lepas tu, ayam ayam ni akan direndam dalam tong air panas untuk dibuang bulu. Kadang kadang, sebelum ayam tu mati dah direndam. Kiranya ayam ayam tu ada yang mati direndam. Ada jugak masa na dipasang shackles tu, ayam ayam ni meronta ronta tapi masih dipaksa, sampai patah patah kaki ayam tu.

Method ini dikatakan sangat zalim oleh pengasas Mccruelty. As an alternative, mereka cadangkan membunuh ayam ayam ni dengan cara Controlled-Atmosphere Killing. Cara ni melibatkan penyingkiran oksigen dalam udara supaya ayam ayam tu tak boleh bernafas. Katanya, cara ni painless dan telah digunapakai secara berleluasa di UK dan European Union.

Bagi aku, semua yang diperjuangkan oleh McCruelty ni tak salah. Cuma yang salahnya, part slaughtering tu. Tak ada salahnya slaughter animals untuk dimakan. Islam pun dah menggariskan yang menyembelih binatang dengan memutuskan urat halkum dan urat mari'. Semua alat yang digunakan juga mestilah tajam, kecuali kuku, gigi dan tulang untuk menghalalkan daging dimakan oleh orang Islam (kalau na cakap pasal hukum, memang tak akan habis). Cara ini adalah cara paling baik dan paling cepat mematikan haiwan tanpa menyeksanya, bukan dengan cara menyingkirkan oksigen dalam atmosfera. Bukankan asphyxiate tu lebih menyeksakan. Jadi dimana rasa hormat kita pada haiwan haiwan tu kalau kita lebih menyeksa dari memudahkan?