Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Wednesday, September 8, 2010

Redirect

Please redirect yourself to

Love [DO] Conquers All for my personal tumblr, since i will not be updating this one anymore

Saturday, April 24, 2010

CHICKEN-oh-CHICKEN

Ok, bukan aku tak sayang binatang. I'm an animal lover alright! Aku ada 2 kucing kot kat rumah -previously ada lagi satu tapi dah meninggal. Sob sob!

Well, aku sokong segala usaha PeTA dan apapun NGO/Non-profit Organizations yang menentang keras cruelty to animal. Tak ada masalah. Memang most of it makes sense lah. Animals were hunted for their skin, fur, ivory. Apa ni? Cosmetics will be tested on animal first... Those are just plain cruel lah. Tapi ini ada satu cerita tentang McCruelty, organisasi anti kezaliman terhadap ayam ayam untuk dibekalkan kepada McDonald. Some of it boleh diterima pakai, but some are not.

Kalau di tengok dari main goal of this campaign is to change from the currently used method of killing the birds to a less cruel one. Apa yang cruel dikatakan ialah menyembelih ayam ayam ni dengan menggantung terbalik dekat mobilized shackles. Lepas tu, ayam ayam ni akan direndam dalam tong air panas untuk dibuang bulu. Kadang kadang, sebelum ayam tu mati dah direndam. Kiranya ayam ayam tu ada yang mati direndam. Ada jugak masa na dipasang shackles tu, ayam ayam ni meronta ronta tapi masih dipaksa, sampai patah patah kaki ayam tu.

Method ini dikatakan sangat zalim oleh pengasas Mccruelty. As an alternative, mereka cadangkan membunuh ayam ayam ni dengan cara Controlled-Atmosphere Killing. Cara ni melibatkan penyingkiran oksigen dalam udara supaya ayam ayam tu tak boleh bernafas. Katanya, cara ni painless dan telah digunapakai secara berleluasa di UK dan European Union.

Bagi aku, semua yang diperjuangkan oleh McCruelty ni tak salah. Cuma yang salahnya, part slaughtering tu. Tak ada salahnya slaughter animals untuk dimakan. Islam pun dah menggariskan yang menyembelih binatang dengan memutuskan urat halkum dan urat mari'. Semua alat yang digunakan juga mestilah tajam, kecuali kuku, gigi dan tulang untuk menghalalkan daging dimakan oleh orang Islam (kalau na cakap pasal hukum, memang tak akan habis). Cara ini adalah cara paling baik dan paling cepat mematikan haiwan tanpa menyeksanya, bukan dengan cara menyingkirkan oksigen dalam atmosfera. Bukankan asphyxiate tu lebih menyeksakan. Jadi dimana rasa hormat kita pada haiwan haiwan tu kalau kita lebih menyeksa dari memudahkan?


Friday, March 5, 2010

Birthday Basher

What a day... Ok, ok. Untuk peeps yang tak tahu apa terjadi ni, meh aku terangkan. Sebenarnya on 3rd of March haritu birthday aku. So first of all, aku na cakap terima kasih lah pada sesiapa yang wish aku haritu. Terima kasih atas ingatan tu. I really appreciate it.

Mulanya cerita harini bila Mar kata na belanja aku makan KFC pukul 5 petang. Punyalah aku elak, sebab aku ingat na balik awal. Tapi, dia kata tak boleh. Kena tunggu pukul 5 jugak. So, ok lah. Aku pun tunggu je lah. Dalam pada tu, aku perasan yang dia ni tak lekang dengan talipon dia. Apahal minah ni? Masalah bomoh kampung dia tak boleh na bagi ayam makan ke? Kena mintak tolong dia ke? Tapi aku buat donno je. Malas aku na layan.

Pukul 5, dia ajak ke KFC sebelah UM ni je. Masa parking tu, actually aku dah nampak Eda dengan Anis tengah berjalan masuk. What are the odds derang makan pada hari yang sama, waktu yang sama, tempat yang sama? Tapi aku masih buat donno jugak. Konon nya bila masuk, aku na tegur derang lah.

Dengan konfiden, aku melangkah masuk! ehem.. ehem...

Tiba-tiba kat hujung sana ada orang nyanyi nyanyi. Kat situ ada Eda, Anis, Jimi, Yus, Dila, Dhika, Dwi, Amal dan Nurul. Parti lah ni... Tapi bukan parti tupperware atau parti politik. Menyambut birthday aku rupanya. Makan punya makan, aku macam sense something not right la. "Ini dah buat suprise, ntah apa suprise lagi waiting ahead!"

Tekaan aku betul, tiba tiba si Dia mucul la pulak. Gedebuk gedebak la I. Tapi serius, memang aku macam boleh agak. Dia selalu cakap, that's our bonding. Husband and wife memang macam tu. Well, insyaAllah akan jadi macam tu dan terus jadi macam tu. Patut lah malam sebelum tu bila aku call, Dia macam hesitate na mengangkat. Kata dalam hostel, tapi rupanya kat rumah sewa. Tengah hari tu pulak bila aku call, tak na angkat. Message aku kata dalam toilet. Rupanya dalam bas. Nakal! Tapi kesungguhan Dia buat sambutan hari jadi untuk aku memang aku respek la. Walaupun aku tau, student, kekurangan dana, dan Dia masih mampu ketepikan sikit duit untuk jadikan birthday aku a memorable one, dan menabahkan hati membayar duit tiket bas yang sepatutnya (kalau Dia just ikut bas ALAM tu) free. Thanks a lot Hubby! That's why I love you~

Haaa..kan da mengalir dah! ni yang aku malas ni.. Dah la, na hembus hingus jap!


Thursday, February 25, 2010

Ini untuk sahabat

"To ten million fireflies
I'm weird 'cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell

But I know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I save a few and I keep them in a jar"

- Fireflies lyrics by Young, Adam. Performed by Owl City




Yes, it's really hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep. Cause everything is never as it seems. Especially when I close my eyes. Tak perlu aku cerita panjang-panjang. Let the song speak itself.

Saturday, February 20, 2010

Adegan Senah - Akhir

Sudah lah Kak Senah. Cukup-cukuplah!

Air liur aku pun dah tak ada kalau na lawan Kak Senah berleter. Lagi banyak aku cakap, lagi banyak cerita baru Kak Senah timbulkan. Baik aku berhenti je, sebelum Kak Senah menghantui malam-malam aku. Risau pulak kalau aku bangun tengah malam tengok Kak Senah ada sebelah tengah peluk bantal guling aku. Tu bantal guling aku. Kucing aku nama NetNet pun tak boleh pegang, inikan pulak Kak Senah. NO WAY Kak Senah. Beli bantal sendiri okey!

Jadi dengan ini aku tutup kisah Kak Senah. Jom lah, kita peluk-peluk cium mulut! Penat dah ni. Kalau aku continue, maunya tak habis-habis sampai Jumaat pertama bulan Mac taun depan.


Friday, February 19, 2010

Budak-budak main kotak

Asal aku ubah je, na ubah jugak. Apehal? Kau jeles ke?

Derang tu tengok aku semacam je. Macam tak puas hati. Derang terus mengumpat aku. Ingat aku tak dengar agaknya. Dem betul derang tu. Pijak kang.

Kak Senah baru bukak account YM. Dia baru belajar macam mana na tulis status. Aku layankan saja. Aku suka jugak provoke-provoke dia suruh mencarut. Babi sana sini, mengata sini sana. Berterabur mata aku baca. Sebenarnya aku suka. Aku rasa thrill. Macam kak Jen tulis itu hari, quote "its like eating marshmallows; sweet and innocent". Nasib baik aku letak quote, nanti sekolah aku kata aku plagiat.

Semenjak belakangan ini aku dah jarang kontek Kak Senah. Sebab aku malas na dengar cerita dia, apatah lagi tengok gusi dia. Tup-tup Kak Senah dan clan Nasi Lemak dia buat taik dengan aku. Clan aku pun apa lagi, melatah jugak lah. Ewah-ewah Kak Senah ni. Tak sedar diri! Sekarang aku rasa Kak Senah dah tak ada idea. Lebih kurang setengah jam ni dia tak tukar-tukar lagi status YM dia. Lepas tu, bila na tukar Kak Senah mesti online kejap, lepas tu offline balik. Kak Senah pathetic gila. Saja na mencapub lah tu. Kurang perhatian. Aku dengar jugak Kak Senah ni tak ada laki. Mungkin dia sangap. Aku patut bagi ruang.

Tapi Kak Senah dari haritu tak bukak mulut pun. Salute jugak aku dengan dia. Bukan calang-calang orang boleh kontrol mulut puaka macam dia. Tapi iyelah, bukan ke Kak Senah ni lantang orangnya. Tapi takkan dengan aku pun dia takut. Tak kan lah. Dulu Kak Senah pernah menang anugerah juara carut sedunia. Aku pelik jugak kenapa masih tak dapat lagi carutan secara face to face dari dia. Dah lama aku tunggu. Mungkin Kak Senah na berubah kot. Atau potential laki baru dia dah warning awal-awal suruh dia jaga mulut jangan kasi orang cabai. Laki baru ke? Bukan laki pertama, like ever...

Kejap. Tarik balik. Kak Senah tukar status pesbuk dia. Misi berjaya!

Kak Senah oii, na pergi pasar ke tu? Na ikut!!


Ini post baru... baru tau ni!

Selamat tahun baru!

Belum terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2010, sebab 2011 pun belum masuk lagi, so it makes sense whatsoever, kan? Ye, betul, memang lama betul tak masuk kan entry baru kat blog ni. Tak ada cerita best satu, tak ada idea dua, tak ada masa tiga. Kadang-kadang bila ada idea, tak ada depan PC. Macam-macam lah benda yang menghalang aku ni. Banyak kerja. Proposal siap, tapi tak best supervisor aku cakap. Apa x-factor yang aku na kena masukkan kasi best ni?? Pecah dah otak aku ni memikir...

Urut-urut otak kesayangan sambil mengeluh.

Cerita best satu. Hujung minggu lepas aku dan famili habiskan masa di Kelantan. Dah namanya cuti mid semester, berjalan lah kan. Despite congestion of the traffic sebab semua orang pulang untuk Tahun Baru Cina, kami tetap bersemangat. Kenapa pulak tak bersemangat kan? Kalau dah nama na jumpa chenta hati aku, traffic jam 50 jam pun sanggup diharungi. Inikan pula banyak kereta je. Small the matter. Pergi on 12th balik on 15th. Seronok... Aktiviti macam biasa, makan, makan,dan makan. Tak ketinggalan shopping, shopping dan shopping! Oh, syurga dunia.

Kebetulan anniversary aku pulak jatuh on the 14th. Kebetulan ke? Bukan memang dah rancang sejak dulu ke? Whatever. Tak sangka Hubby romantic. Tak pernah tahu he got a hint of 'romanticness' in him. Terkejut beruk jugak aku bila dia buat surprise BBQ dekat PCB bersempena anniversary kami tu. Member-member dia tolong siapkan venue, siapkan apparatus and everything. Mula-mula macam na jadi je surprise tu. Siap bawa aku keliling KB sebab tak ready lagi. Tapi macam mana pun, surprise tak jadi bila dia suruh aku sendiri yang bawak cake. Ada pulak macam tu. Haih... Tapi best BBQ nya. Thanks to you, hubby, and your beloved friends sebab make my day. You shouldn't have, but since you have, thanks a lot. And I mean A LOT!!!!!

First time ever, aku dapat love letter. I mean, a real love letter. Bukan love note macam budak-budak sekolah bagi tu. By the way, i received my first love note masa Tadika tau. Saja nak eksyen! So in that letter he wrote bla bla bla, quote "Boleh kan I na you jadi bini I?" and "I tak sabar na gi tulis nama emak kat surat beranak anak kita ngan nama Najwa Mohd Nasir" and "...sbb kasih sayang I kat you memang dah tak ternilai lagi. So please percaya I eh sayang!!"... Huuu, terharu gila sampai menitik-nitik. Ye Hubby, I percaya...

Kesat air mata. It gets to me every time I read it.

Bila aku ingat balik saat-saat tu, rasa macam semua masalah hilang. Termasuklah masalah kawan-kawan baik sendiri mengumpat aku. Dem betul.

Cerita best dua. Ini best panas. Rupa-rupanya, ada lah sekumpulan manusia yang agaknya terasa sangat-sangat lah dengan aku ni. It all started bila aku post a note, "ABCs of friendship" dekat facebook. So, it goes like:

Accepts you as you are
Believes in you
Calls you just to say hi
Doesn't give up on you
E
F
.
.
.

sampai lah J:
Just wants to be with you

so aku tulis sikit note dekat tepi: most of them cuma na jumpa bila ada jantan around. DEM!!

Adalah beberapa minah-minah ni terasa. The question is, kenapa terasa? Kenapa perlu terasa? Sebab derang macam tu lah kot kan? Kalau tak buat apa na "sentap" sangat? Belum pernah aku menggunakan perkataan ini, tapi disebabkan ada sentimental value, jadi aku guna. Lepas tu, minah-minah ni mengambil kesempatan yang ada untuk mengumpat. MENGUMPAT FC! Punyalah banyak huruf dari A sampai Z, yang derang na terasa sangat pasal huruf J tu kenapa? Yang statement baik-baik yang lain tu tak na terasa pulak. Semua na fikir negative kan? Tak pe lah. Initially memang aku tak ada la specifically maksudkan kat derang walaupun realiti nya memang macam tu pun derang tu, tapi disebabkan na 'menyentap' sangat, ok, aku maksudkan kat derang lah. Puas hati? Jen, kao tak ada sentap mana-mana part pon kan. Maksudnya kau tak buat apa-apa tak best lah kan?

Ada pulak aku dengar statement, quote "lupakan kitorang sejak baik balik dengan Tyson". Apahal pulak? Yang beribu kali aku ajak hangout tu apa nya? Tiap kali aku ajak jumpa, mesti ada je alasan untuk menolak. Tak ada duit lah, tak boleh lah, bizi lah and what not. Tapi bila ada rugby Ansara je, berlumba-lumba semua na datang awal. Kenapa? Sebab keluar dengan aku ni tak ada jantan, tapi masa rugby, jantan bergelimpangan kan? Amboi... Masa tu ingat aku tak terasa? Kawan dari form 1. Asal aku ajak je, tak na. Tapi ada ke aku kumpul ramai-ramai buat perhimpunan mengumpat? Lagi na suruh aku muhasabah diri. Derang ada muhasabah diri? DEM!

Marah aku ni dari hari tu. Tak pasal-pasal je menaikkan darah aku. Eh, kamon la. Grow up! Terasa benda-benda bodoh. Kalau ikutkan, aku lagi patut 100 kali ganda terasa dari derang.

Sign off!