Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Showing posts with label repekan maut. Show all posts
Showing posts with label repekan maut. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Adegan Senah - Akhir

Sudah lah Kak Senah. Cukup-cukuplah!

Air liur aku pun dah tak ada kalau na lawan Kak Senah berleter. Lagi banyak aku cakap, lagi banyak cerita baru Kak Senah timbulkan. Baik aku berhenti je, sebelum Kak Senah menghantui malam-malam aku. Risau pulak kalau aku bangun tengah malam tengok Kak Senah ada sebelah tengah peluk bantal guling aku. Tu bantal guling aku. Kucing aku nama NetNet pun tak boleh pegang, inikan pulak Kak Senah. NO WAY Kak Senah. Beli bantal sendiri okey!

Jadi dengan ini aku tutup kisah Kak Senah. Jom lah, kita peluk-peluk cium mulut! Penat dah ni. Kalau aku continue, maunya tak habis-habis sampai Jumaat pertama bulan Mac taun depan.


Friday, February 19, 2010

Budak-budak main kotak

Asal aku ubah je, na ubah jugak. Apehal? Kau jeles ke?

Derang tu tengok aku semacam je. Macam tak puas hati. Derang terus mengumpat aku. Ingat aku tak dengar agaknya. Dem betul derang tu. Pijak kang.

Kak Senah baru bukak account YM. Dia baru belajar macam mana na tulis status. Aku layankan saja. Aku suka jugak provoke-provoke dia suruh mencarut. Babi sana sini, mengata sini sana. Berterabur mata aku baca. Sebenarnya aku suka. Aku rasa thrill. Macam kak Jen tulis itu hari, quote "its like eating marshmallows; sweet and innocent". Nasib baik aku letak quote, nanti sekolah aku kata aku plagiat.

Semenjak belakangan ini aku dah jarang kontek Kak Senah. Sebab aku malas na dengar cerita dia, apatah lagi tengok gusi dia. Tup-tup Kak Senah dan clan Nasi Lemak dia buat taik dengan aku. Clan aku pun apa lagi, melatah jugak lah. Ewah-ewah Kak Senah ni. Tak sedar diri! Sekarang aku rasa Kak Senah dah tak ada idea. Lebih kurang setengah jam ni dia tak tukar-tukar lagi status YM dia. Lepas tu, bila na tukar Kak Senah mesti online kejap, lepas tu offline balik. Kak Senah pathetic gila. Saja na mencapub lah tu. Kurang perhatian. Aku dengar jugak Kak Senah ni tak ada laki. Mungkin dia sangap. Aku patut bagi ruang.

Tapi Kak Senah dari haritu tak bukak mulut pun. Salute jugak aku dengan dia. Bukan calang-calang orang boleh kontrol mulut puaka macam dia. Tapi iyelah, bukan ke Kak Senah ni lantang orangnya. Tapi takkan dengan aku pun dia takut. Tak kan lah. Dulu Kak Senah pernah menang anugerah juara carut sedunia. Aku pelik jugak kenapa masih tak dapat lagi carutan secara face to face dari dia. Dah lama aku tunggu. Mungkin Kak Senah na berubah kot. Atau potential laki baru dia dah warning awal-awal suruh dia jaga mulut jangan kasi orang cabai. Laki baru ke? Bukan laki pertama, like ever...

Kejap. Tarik balik. Kak Senah tukar status pesbuk dia. Misi berjaya!

Kak Senah oii, na pergi pasar ke tu? Na ikut!!


Ini post baru... baru tau ni!

Selamat tahun baru!

Belum terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2010, sebab 2011 pun belum masuk lagi, so it makes sense whatsoever, kan? Ye, betul, memang lama betul tak masuk kan entry baru kat blog ni. Tak ada cerita best satu, tak ada idea dua, tak ada masa tiga. Kadang-kadang bila ada idea, tak ada depan PC. Macam-macam lah benda yang menghalang aku ni. Banyak kerja. Proposal siap, tapi tak best supervisor aku cakap. Apa x-factor yang aku na kena masukkan kasi best ni?? Pecah dah otak aku ni memikir...

Urut-urut otak kesayangan sambil mengeluh.

Cerita best satu. Hujung minggu lepas aku dan famili habiskan masa di Kelantan. Dah namanya cuti mid semester, berjalan lah kan. Despite congestion of the traffic sebab semua orang pulang untuk Tahun Baru Cina, kami tetap bersemangat. Kenapa pulak tak bersemangat kan? Kalau dah nama na jumpa chenta hati aku, traffic jam 50 jam pun sanggup diharungi. Inikan pula banyak kereta je. Small the matter. Pergi on 12th balik on 15th. Seronok... Aktiviti macam biasa, makan, makan,dan makan. Tak ketinggalan shopping, shopping dan shopping! Oh, syurga dunia.

Kebetulan anniversary aku pulak jatuh on the 14th. Kebetulan ke? Bukan memang dah rancang sejak dulu ke? Whatever. Tak sangka Hubby romantic. Tak pernah tahu he got a hint of 'romanticness' in him. Terkejut beruk jugak aku bila dia buat surprise BBQ dekat PCB bersempena anniversary kami tu. Member-member dia tolong siapkan venue, siapkan apparatus and everything. Mula-mula macam na jadi je surprise tu. Siap bawa aku keliling KB sebab tak ready lagi. Tapi macam mana pun, surprise tak jadi bila dia suruh aku sendiri yang bawak cake. Ada pulak macam tu. Haih... Tapi best BBQ nya. Thanks to you, hubby, and your beloved friends sebab make my day. You shouldn't have, but since you have, thanks a lot. And I mean A LOT!!!!!

First time ever, aku dapat love letter. I mean, a real love letter. Bukan love note macam budak-budak sekolah bagi tu. By the way, i received my first love note masa Tadika tau. Saja nak eksyen! So in that letter he wrote bla bla bla, quote "Boleh kan I na you jadi bini I?" and "I tak sabar na gi tulis nama emak kat surat beranak anak kita ngan nama Najwa Mohd Nasir" and "...sbb kasih sayang I kat you memang dah tak ternilai lagi. So please percaya I eh sayang!!"... Huuu, terharu gila sampai menitik-nitik. Ye Hubby, I percaya...

Kesat air mata. It gets to me every time I read it.

Bila aku ingat balik saat-saat tu, rasa macam semua masalah hilang. Termasuklah masalah kawan-kawan baik sendiri mengumpat aku. Dem betul.

Cerita best dua. Ini best panas. Rupa-rupanya, ada lah sekumpulan manusia yang agaknya terasa sangat-sangat lah dengan aku ni. It all started bila aku post a note, "ABCs of friendship" dekat facebook. So, it goes like:

Accepts you as you are
Believes in you
Calls you just to say hi
Doesn't give up on you
E
F
.
.
.

sampai lah J:
Just wants to be with you

so aku tulis sikit note dekat tepi: most of them cuma na jumpa bila ada jantan around. DEM!!

Adalah beberapa minah-minah ni terasa. The question is, kenapa terasa? Kenapa perlu terasa? Sebab derang macam tu lah kot kan? Kalau tak buat apa na "sentap" sangat? Belum pernah aku menggunakan perkataan ini, tapi disebabkan ada sentimental value, jadi aku guna. Lepas tu, minah-minah ni mengambil kesempatan yang ada untuk mengumpat. MENGUMPAT FC! Punyalah banyak huruf dari A sampai Z, yang derang na terasa sangat pasal huruf J tu kenapa? Yang statement baik-baik yang lain tu tak na terasa pulak. Semua na fikir negative kan? Tak pe lah. Initially memang aku tak ada la specifically maksudkan kat derang walaupun realiti nya memang macam tu pun derang tu, tapi disebabkan na 'menyentap' sangat, ok, aku maksudkan kat derang lah. Puas hati? Jen, kao tak ada sentap mana-mana part pon kan. Maksudnya kau tak buat apa-apa tak best lah kan?

Ada pulak aku dengar statement, quote "lupakan kitorang sejak baik balik dengan Tyson". Apahal pulak? Yang beribu kali aku ajak hangout tu apa nya? Tiap kali aku ajak jumpa, mesti ada je alasan untuk menolak. Tak ada duit lah, tak boleh lah, bizi lah and what not. Tapi bila ada rugby Ansara je, berlumba-lumba semua na datang awal. Kenapa? Sebab keluar dengan aku ni tak ada jantan, tapi masa rugby, jantan bergelimpangan kan? Amboi... Masa tu ingat aku tak terasa? Kawan dari form 1. Asal aku ajak je, tak na. Tapi ada ke aku kumpul ramai-ramai buat perhimpunan mengumpat? Lagi na suruh aku muhasabah diri. Derang ada muhasabah diri? DEM!

Marah aku ni dari hari tu. Tak pasal-pasal je menaikkan darah aku. Eh, kamon la. Grow up! Terasa benda-benda bodoh. Kalau ikutkan, aku lagi patut 100 kali ganda terasa dari derang.

Sign off!



Friday, July 31, 2009

Misi Buka Rahsia

Ehem ehem... kembali! Masuk hari ni da 2 minggu Hubby kat ALAM. Tinggal lagi seminggu je. Gila rindu aku. Serious. Mula-mula ingat ok ok je, sekali rindu jugak. Urghh. But I'm very sure he feels the same, sebab semenjak dua menjak ni selalu curi-curi contact aku pakai handphone member dia yang berjaya di smuggle. *oh, alamak! pecah tembelang.*
.
Esok na berangkat ke Melaka, the state famous with their reputation of being the state with the most cases of H1N1. *betul ke ni?* Orang Melaka jangan marah aa. Betulkan aku kalau aku salah. Walaupun da dekat dengan ALAM, tapi still tak boleh na jumpa. Waaaaa... Meraung-raung la aku depan gate ALAM tu.
.
This past few weeks, aku sudah dipenuhi dengan projek-projek 'picisan', seperti pilih tajuk untuk presentation group, group project dan berbagai-bagai aktiviti lagi. Sangat bosan dan sangat penat. Huh, tu lah. Haritu masa cuti sem, na sangat cepat-cepat naik sem baru. Ni kan da pening-pening kerbau dah.
.
Pintu masuk UM juga boleh tahan sesak sejak hari pertama penguatkuasaan pelekat kenderaan dilakukan. Tapi dalam minggu ni, semua beransur pulih. Da tak ada line panjang depan gate KL and PJ. Kalau tak, kau akan ingat ada accident kat depan sana. Nasib baik jugak aku berjaya dapatkan sticker *credits to Ikhe dan ehem ehem nya c:*. Kalau tidak, aku kena parking dekat parking lot depan KKTAZ, dan ambil shuttle bus keliling UM, dimana aktiviti tersebut yang cuba aku elakkan selama 3 tahun berada di UM. *naik bas buat aku mual dan ngeri, sebab masa selekoh aku rasa macam bas tu na terbalik.*
.
Last sekali, aku da tak tahu na tulis apa, sebab memang aku tak ada idea. Haaa, lagi satu. Siapa penyelia wanita KKTAZ yang gempal tu? Dia agak menjengkelkan. 1 word, IEEEUUUUWWWW!

Thursday, June 4, 2009

Entry With No Appropriate Title

just 3 words:
WATCH SHALLOW HAL
p/s: Suffi kelihatan sedikit bulat dalam Suara Siswa selasa lepas!

Wednesday, May 6, 2009

Jawapannya, TIDAK!

Merujuk kepada post PEREMPUAN BOLEH DIBELI? bertarikh 2 Mei 2009, persoalan ni telah diajukan oleh En Hasnun Adha kepada dunia supaya dijawab. Hari ini, aku da mula ada idea untuk menulis reply nya. Maaf atas kelewatan, tapi janji tetap janji!

Perempuan ini bagi aku boleh dikategorikan kepada 2 sahaja.
1. Kumpulan wanita-wanita berguna, tapi bukan apa-apa jenis kugiran.
2. Geng hampeh, juga bukan geng kapak seperti dalam cerita Kungfu Hustle.

Untuk mengisih *ni lah sebab aku suka rojak bahasa, sebab ramai yang tak paham. isih bermaksud 'sort'* perempuan-perempuan dalam dunia ni senang saja. Kalau perangai lebih kurang aku, akan dikategorikan dalam kumpulan pertama. Aku tak mahu lah membuat kesimpulan panas yang akan membakar sesetengah wanita yang lalu lalang di sini. Tapi sekarang ini, memang ramai perempuan kategori 2. Bukan sebab apa, tapi desakan hidup. Kadang-kadang mereka rasa harta dan rupa pasangan mereka itu yang boleh menaikan kedudukan mereka di mata rakan-rakan. This is all phsychological problems. Padahal, kebahagiaan abadi tak meminta semua itu. Macam manapun, fakta tetap fakta. Tak kan aku na nafikan semata-mata kerana aku juga perempuan. tapi bukan semua...

maaf kalau apa yang aku katakan ini menyinggung sesiapa. tapi ini pendapat aku. Bagaimana kau menerimanya, terserah! Mungkin kau kata kau pernah menemui cinta sejati, tapi bila dia senang meninggalkan kau hanya kerana desakan rakan-rakan, I think you should know where you stand! tutup cerita, sampai sini saja.

*aduhhh... na pegi toilet lahh. waaaaaa*
*bunyi flush. Lega*

sambung balik. hmmm. macam ni lah. we have to believe in fate and karma. what goes around comes around *ye tak bob?*. Sebelum kita salah kan other entity, we should ponder for a bit, is there anything we have done wrong to deserve what we are going through right now? And I'm not just saying this to you, but also a reminder to myself as well. Tuhan tu kan maha kaya. He will not just let anything be unpunished. Dan kita juga jangan lupa, setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. In mat salleh they say, behind every cloud there is a silver lining. But there's plenty of those guys yang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada, walaupun dah jumpa perempuan yang sayang gila pada mereka. So, these kind of man, you better watch out, because your story will be revealed sooner or later.

ramai saja perempuan yang baik-baik yang belum kau temui *maaf, aku sudah berpunya*. One day, when you meet one, you will be thankful to these 2nd category girls for dumping you *cuba tanya Peyuh, betul tak apa aku cakap*. Percayalah, sebenarnya mereka ni yang membuka peluang kau untuk bertemu dengan yang lebih baik, mengajar kau untuk lebih berhati-hati dalam hidup, tunjukkan kepada kau bagaimana realiti dunia yang sebenar, dan jadikan kau segagah The Lantern *entah kenapa The Lantern yang aku ingat*. Enjoy life bro *tak kiralah untuk kau atau siapa-siapa yang kau maksudkan dalam post terbaru kau itu. Aku buat-buat tak tahu saja. lalala* !


p/s: masuk kali ni da 4 kali aku keluar masuk tandas selepas minum FaberMax. urghh!

Wednesday, March 25, 2009

alahai MPMUM

Pertama-tamanya, aku ucapkan tahniah pada PMIUM sebab mereka berjaya menguasai majoriti kerusi umum di Universiti Malaya. Dan pada waktu ini, aku juga rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah itu kan? Better late than never, they say!
.
.
Harapnya dengan perubahan pucuk pimpinan di UM kali ini dapat meng-improve kan lagi segala cacat cela *aku cuba mencari ayat terbaik, but failed!*. Bagus jugak ada perubahan, kalau tak, bosan pulak kan? Lagipun, bagi la peluang sekali. Kalau ok, boleh undi lagi tahun depan. Kalau tak, sekali aje la jawab nya!
.
.
Tapi kat sini ada beberapa perkara aku na highlight kan. Aku rasa ada baiknya jika MPMUM sessi ini lebih mementingkan perihal dalam kampus berbanding campur tangan dalam urusan politik luar. Ingin aku tekankan, politik kampus dan politik 'real world' are two totally different entity. Kami mahasiswa UM lebih memerlukan pemimpin pelajar yang peka dengan permasalahan kami berkaitan kampus berbanding isu-isu luar. Suara-suara kami ini siapa yang na dengar, wahai MPMUM?
.
.
Contoh 1:
TNC dah keluarkan perutusan, untuk sessi 2009/2010, semua pelajar tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk kenderaan bermotor termasuk lori dan traktor. Pelajar tahun 3 pulak hanya dibenarkan membawa motosikal. Alasannya, WE WANT TO GO GREEN *visit www.earthhour.org/malaysia*. Memang betul, social responsibilities sangat penting. Tapi macam mana dengan kami yang ada kelas kat 2 fakulti yang berbeza? Fakultinya jauh-jauh pulak tu. ye, memang ada shuttle bus, tapi bukan setiap masa. The situation is like this, bayangkan kelas yang back-to back. Pukul 1-2, System Analysis di FSKTM. Pukul 2-4, Intoductory Accounting di FPP. Kalau na jalan, maulah ambil masa 15 minit. Tu kalau bigwalk lah. Na tunggu shuttle bus? Hah, buatnya shuttle lambat? Maunya aku kena lock kat luar lecture hall tu. Kalau na bawa moto pon, bukan semua ada lesen. Contohnya aku ni.
.
Solution contoh 1:
Boleh tak MPMUM usahakan supaya, pelajar tahun 3 yang tinggal luar kampus sahaja dibenarkan bawa kereta? This is vital, sebab, tak kan da 3rd year masih mahu ponteng kelas? Datang lambat. Some of us are in our final year tau tidak? Kami na grad cepat, na kerja and kawin! Bukan semua umat manusia ni ada lesen moto. Lagipun, sangat inconvenience lah bila kelas kami ni ada pada waktu malam. Shuttle mana ada malam-malam ni. Tolonglah pertimbangkan.
.
.
Contoh 2:
Kenapa na bantah PPSMI? Bukan kah English tu lingua franca? *ewah aku* . Kenapa harus sempitkan minda? Bukan na pinggirkan Bahasa Melayu. Bahasa itu tak pernah terpinggir pun. Kalau kat rumah, kita cakap Melayu jugak kan? Apa yang terpinggirnya? Setakat 2 subjek itu saja yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Tak luak lah! Yang penting, masing-masing tak lupa akar umbi. That's what matters. Kalau na kata guru-guru tak terlatih untuk mengajar dalam English. kita latih la. Math and Scientific terms kebanyakkan nya memang dalam Bahasa Inggeris. So, guna aje lah. Bila dah masuk U nanti, belajar dalam English jugak. Bukan kah melentur buluh dari rebungnya? Kalau da jadi buluh macam kita ni, memang English kemana, Manglish je jadinya.
.
.
Apa pun, aku harapkan pimpinan MPMUM kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. WE LOVE UM. *bukan sebab ini tagline PMIUM ok. sebab memang aku sayang UM. as if*

Sunday, March 15, 2009

Kau, Aku dan Definisinya

Manusia: Ciptaan Tuhan Paling Sempurna
Tapi, sempurnakah kita?
.
.
*letak tangan atas dagu, menung, dan fikir*
.
.
Aku suka perhati manusia
They are capable of doing WONDERS
under special circumstances
or even not so special ones
.
.
Manusia, oh manusia
Aku juga manusia, macam kamu semua
Kadang mula rasa lemah
Sedih
Marah
HOPELESS
Bagus
Selalunya macam bagus aje
.
.
But humans do fascinate me
Really...
Manusia itu boleh juga jadi objek seperti talam
Dua muka pulak tuh
Sungguh fascinating kan?
Kau rasa dia baik? Dia kawan dunia akhirat?
Care about you? Look after you?
Think again babe!!
Di dalam dia itu, ada seseorang yang belum kau kenal
Some stranger eh? Some stranger...
.
.
It thrills me how humans can stab friends from the back
Tergamak sungguh
Oh, bukan sekadar stab... Makan sekali kot!
Itu baru kawan. Lawan?
Belum tengok dalam family lagi. Shocked!
.
.
Aku suka tengok manusia yang banyak duit
And how they give alms to the poor
Dan macam mana pula mereka biarkan duit dan harta itu hancurkan mereka
Macam mana juga lagaknya mereka bila rasa
Sekeliling mereka ini orang bangsat
Bangsa sampah, tiada maruah...
Apa aku peduli harta dunia kau?
Aku peduli apa handbag Coach RM10,000 kau?
Atau kasut Primavera RM300++
Atau juga rumah besar di kawasan elit yang kau diami?
Dalam kubur nanti kita sama-sama pakai kain kapan RM2 satu meter
.
.
Aku juga suka lihat manusia berpelajaran
Macam-macam mereka belajar
Bahasa lah, Matematik lah, Kimia lah, Tafsir lah, Sunnah lah
Dan macam mana mereka pandai brag pasal semua ilmu yang ditimba
Tapi mereka cuma manusia berpelajaran saja
Bukan manusia BERILMU
Sebab ilmu yang dipelajari tak pernah di apply kan pada diri sendiri
Pada keluarga terdekat
Orang sekarang pandai mengaji
Tegur orang lain sana sini
Pergi cari orang jahil 4 5 batu jauhnya
Berdakwah... Sampaikan ilmu
Amar Makruf Nahi Mungkar
Mungkar bawah kain macam mana?
Mungkar bawah hidung apa nak kata?
.
.
Ramai juga manusia yang aku tak paham
Dia betul segala
Walau orang semua tahu dia yang berak tengah jalan tadi
Pasal dia, family dia, kawan-kawan dia
Semuanya perfect
Manusia jenis ini aku respek
Sebab dia nekad buat orang benci sama dia
Tahniah!
.
.
Tapi manusia, bukan semua sama
Ada yang baik juga kan?
Kau amacam? Aku?
Alah... sikit-sikit tu adatlah
Kita manusia kan?
.
.
*or are you a cat or some other highly intelligent animal that could enjoy my humble blog?*

Wednesday, January 28, 2009

Antara Si Anonymous dan Tanggungjawab

a post revisited: ALL BLOGGER SHOULD HAVE THE FREEDOM TO WRITE WHAT HE/SHE THINKS.

note that i deleted a post i was so eager to write. FYI, I was FORCED to do so. i hate to delete any, coz they are my babies *for now*, but since it has something to do with my parents bla bla bla, then... hmmm~


Ok2, suda dengan bebelan kat atas tu.

Setelah hampir setahun aku mencuba menulis di ruang-ruang maya ini, dan berjinak-jinak dengan dunia blogging ini, aku pelajari sesuatu. ONE SHOULD BE RESPONSIBLE FOR ANY COMMENTS/POSTS HE/SHE POSTED IN ANY FORM VIA ANY PLATFORM. Kalau dulu aku bertanya-tanya mengapa bloggers tidak gemar kepada komentar si ANONYMOUS, baru kini aku tahu jawapannya.

Gara-gara menerbitkan post "ANGER MANAGEMENT" yang agak kontroversi pada sesetengah pihak, aku telah dikunjungi oleh pengomen TIDAK BERNAMA yang cuba menulis komen-komen ala reverse psychology. dari gaya tulisannya, dia menyokong pihak yang satu lagi.

komen 1:

Anonymous said...

Pesanan dari Penaja - Penaja...

Terlajak Perahu Boleh Diundur,
Terlajak Kata Badan Binasa.

Komen 2:

Anonymous said...

Team A & Team B berkata;
"Biar pecah di perut.. jangan pecah di mulut"....

you shocked me... tsk tsk tsk


Komen dari aku:

Najwa_La said...

khusus kepada 'tidak bernama':
penggunaan identiti ini mnyebabkan komen2 kamu tidak diambil serius oleh kami di sini. ini menunjukkan kamu TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB atas komen kamu sendiri. we wud appreciate if u wud reveal urself.

anyway, kata2 itu ditujukan kepada saya kah? ahaha... u shud say it to the other side. mereka lebih layak menerimanya. akhir kata, LU PIKIR LA SENDIRI!!

p/s: saya tahu saya di pihak betul, i didnt start the fight. jadi siapa yang BINASA kan? hehe


Komen dari Aimar:

Aimar said...

" Terlajak Perahu Boleh Diundur,
Terlajak Kata Badan Binasa. "

- Kau ada cakap ke Najwa? Tak kan? Kau hanya menaip..


" Biar pecah di perut.. jangan pecah di mulut "

- Ini style takut rahsia diri sendiri terbongkar kepada umum.. Hehe..


Komen seterusnya dari aku:

Najwa_La said...

wahai Aimar,
fes komen itu memang loyar buruk habis. tapi betul juga tuh. 'kata' apakejadahnya?

haha. rahsia dan keburukan sendiri, memanglah takut terbongkar. tapi keburukan orang lain, dia na komen.

semua pon dikatanya salah aku juga. sebab apa tuh? sekali lagi, LU PIKIR LA SENDIRI...



sedikit ulasan:

pengomen 'tidak bernama' ini sepertinya amat mengenali kedua-dua pihak. kalau tidak, masakan dia boleh katakan "you shocked me". tiada apa yang memeranjatkan wahai si 'tidak bernama'... looks are always deceiving. tidak kah kamu tahu bagaimana dunia ini berfungsi? wahai si 'tidak bernama'... dan kenapa kamu, tidak berani meletakkan sebarang pengenalan diri seperti nama di komen-komen kamu? adakah kamu takut dengan akibatnya? kenapa kamu takut? masih tidak pasti sama ada kamu itu di pihak benar atau tidak? oh, aku pasti. sebab itu aku berani bersuara. ini pesanan ikhlas dari aku, jika kamu mahu meninggalkan komen di mana-mana blog lagi, sudilah kiranya kamu bertanggungjawab atas segala penulisan yang kamu lakukan. secara pendeknya, ini cermin diri kamu.

penjelasan lagi:

post ANGER MANAGEMENT aku sebelum ini tidak mengemukakan sebarang nama dan butiran peribadi tentang sesiapa yang terlibat. jadi tiada yang diaibkan dan tidak timbul soal pecah perut atau pecah mulut. *kalau kau makan lebih mungkin perut boleh pecah, kalau makan banyak cili pula boleh mendatangkan ulcer. itu saja*. jadi aku tertanya-tanya, siapa si anonymous ini. adakah dia juga ada di tempat kejadian? siapa makan cili dia yang rasa pedasnya *jaga-jaga, mungkin kena ulcer sekali lagi*...

sesiapa yang mahu jadi si ANONYMOUS:

hentikan angan-angan kau itu. sedih lah aku tengok orang-orang pengecut macam kau. kalau kau betul, silakan speak up, with pride! jangan tahu 'baling batu, sembunyi tangan' saja.



p/s: tahniah si Anonymous, kamu berjaya melayakkan diri menjadi topik utama post aku kali ini!

Wednesday, January 14, 2009

entry baru yang bosan~

.
import java.util.Scanner;
public class Boredness
{
..public static void main(String[] args)
...{
....Scanner Status = new Scanner(System.in);
.
....System.out.println("1- Bored");
....System.out.println("2- Not Bored");
....System.out.println("Enter your status number: ");
....int iStatus = Status.nextInt();
.
....if (iStatus == 1)
....System.out.println("U are damn bored. Go kill Yourself!");
....else
....System.out.println("U are a freak. how could u NOT feel bored?");
...}
}
.
.
.
.
.
/*pertama-tamanya mahu ucap tahniah pada Muhammad Nasrul Hakim bin Onn aka Moox, nombor matrik WET070072 kerana sampai juga ke class tutorial System Analysis & Design petang tadi dan lebih membanggakan, kamu telah membentangkan jawapan dari kumpulan kita walaupun tangan kamu sejuk *baru baca, belom terangkan lagi. huh*. kemudian mahu ucap syabas pada sesiapa yang berani melesapkan beg telekung aku yang berwarna pink polkadot hijau luminous yang aku letak di surau FSKTM petang semalam *tempat yang sama, tapi cuma tinggal telekung dan trackbottom saja. untuk pengetahuan kau si pencuri, beg itu aku beli di flea market The Curve dengan harga RM10 sahaja*. Kau memang tak takut dosa! tidak dilupakan kepada chentaku, sayangnya kat lesen baru awak tu kan?*/
.
.
.
//lagi... iSnap tak ada rezeki. Patie, usaha kita sia-sia//

Thursday, January 8, 2009

HELL-o B.I.A.T.C.H!

~Oh... Well imagine; as I'm pacing the pews in the church corridor
and I can't help but to hear, no I can't help but to hear an exchanging of words

"what a beautiful wedding, what a beautiful wedding!" says a bridesmaid to a waiter
"oh yes, but what a shame, what a shame the poor groom's bride is a WHORE!"~

tentang topik ini, aku banyak na cakap, tapi aku tau, kata-kata aku akan menyinggung terlalu banyak pihak, sama ada aku sedar atau tidak. tapi apa pun, aku masih na mengulas lanjut *sikit je la tapi ye!*

korang imagine ini:

kat rumah-rumah orang kawen merata Malaysia kita yang tercinta ni. Ada sekumpulan makcik-makcik *pakciks pun tak kurang juga* duduk sekumpulan, bercerita tentang gelang-melang yang baru dia beli, ataupun pinggan Arcopal yang suda dia order tapi masih belum tiba *Opah aku dealer Arcopal tau. boley contact aku kalau agak-agak na beli*. Dalam pada itu, bercerita jugalah perihal si pengantin. Macam-macam cerita lah keluar bila da ramai-ramai tu. Orang kata, na keep ourselves updated! Kalau cerita yang baik-baik aje tak apalah. Tapi, yang tak sedap tu, cerita buruk pengantin, mak bapak pengantin, adik-beradik pengantin, kakak ipar makcik pengantin pun menghiasi topik perbualan dorang ni. Walaubagaimanapun, nasi minyak pengantin balun jugak. DEM sungguh!
Tapi lagi malu bila cerita itu cuma berkisar tentang pengantin perempuan. Na dijadikan cerita lagi, si pengantin lelaki ini pulak, baik nek moyang. Uihh, bera muka. Lepas tu, tak cukup dengan mengumpat sesama sendiri, siap bagitau pulak semua orang yang dia jumpa kat majlis tu. Pehh! Superb~

*diam kejap, na fikir ayat terbaik*

tapi na buat macam mana, mulut orang kita tak boleh na tutup. jadi kesimpulan sebenar yang aku na buat berikutan 'kiasan' aku kat atas nu ialah, kalau boleh la, elakkan daripada membuat perkara yang bakal menjadi bahan umpatan sama ada ketika kita bersanding, berinai, beradu atau apa-apa ber lagi. lebih-lebih lagi jika kau adalah dari kaum aku. aku sedih pulak bila ada certain-certain kawan aku yang buat perangai ala-ala bakal-menjadi-umpatan ni. kalau bukan kawan-kawan aku pun aku sedih gak.

nasihat untuk si kamu itu *seperti yang di-describe dalam ayat panjang lebar di atas*:

hey kau, aku juga tak perfect. bukan lah aku mahu tunjuk aku baik. tapi kita sebagai saudara se-Islam, da jadi tanggungjawab untuk menasihati sesama kita kan? kau itu wanita, aku juga wanita. kita sama-sama jaga kehormatan kita. pasangan kau itu baik *i presume, kalau tidak, masakan tahan dengan perangai kau!*, aku tak mahu dengar orang cakap buruk tentang pasangan dia *kau lah tu*. hurmm, aku tak mahu cakap lagi, lagi banyak aku cakap lagi merapu, lagi banyak dosa, lagi banyak orang tak suka.kan? kan? tengok, kau da tak suka aku da... huh!


*post ini berakhir dengan aku yang merajuk sebab kau marah aku nasihatkan kau*
**kepada si pengumpat; jangan terasa, kalianlah hero entry kali ini dan kerana kalian jugalah meriahnya sesuatu majlis**

p/s: aku juga pengumpat tegar

Wednesday, January 7, 2009

Update Tarian Rakyat

Assalamualaikum WBT *aku ni pious tau*. Terima kaseh sebab setia membaca blog aku walaupun aku da agak lama tak update. bukan apa, aku sangat sebuk, sementelah bermulanya semula semester yang baru ini *skema pulak dah*.

hari Selasa lepas, aku sudah pergi ke kelas Asas Tarian Rakyat itu:

Komen 1: body guru yang mengajar kelas tersebut bukanlah seperti body Linda Jasmin. sebaliknya lebih XL dari aku. aku bukan mengutuk guru itu, tapi agak pelik sebab dia adalah guru tarian. Bukankah guru tarian sepatutnya slim-melim sebab tiap-tiap hari dia exercise? *aku tak kutuk tau, people come in all shapes and sizes. aku tak kesah. cuma pelik*

Komen 2: hari-hari Selasa aku akan dipenuhi pelajar-pelajar tua, sebab kebanyakan yang daftar kelas itu terdiri daripada student Nursing Program yang banyak pelajar lanjut usia. macam mana aku na menari canggung dengan pakciks dan makciks itu? agak kekok~

Komen 3: aku tak mahu pulang pukul 730 tiap-tiap selasa. lambat sangat! waa!

Wednesday, December 31, 2008

Mengenang 2008

Nota Penting: sepatutnya entry ini di post masa malam new year itu. tapi penyakit mengantuk telah membelenggu, jadi niat aku itu tidak kesampaian. harap maklum, bukan aku seorang yang tidak cerdik!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! kurang lebih 1 jam dari sekarang, dan confirm-confirm kita akan memasuki tahun 2009. entry aku kali ini adalah untuk mengenang semula segala rentetan peristiwa-peristiwa penting yang terjadi sepanjang tahun 2008 ini. tujuan aku bukan untuk mengungkit perkara yang sudah, tapi ada yang boleh kita jadikan pengajaran jugak. macam-macam dah kita lalui tahun ini. harap-harap, ia dapat mendewasakan kita *ayat aku yang bajet skema. DEM!*

01 Feb - aku ditinggalkan boyfren
08 Feb - dapat dSLR aku yang pertama *Canon patratus D ku sayang*
14 Feb - hari menangis beramai-ramai
09 Mar - Atuk meninggal
?? Mar - fes entry kat fes blog aku
...
...
...
...
*byk mende aku tak ingat*

20 Aug - aku bertukar angin ke Blogspot
...
...
...
*tak ingat jugak*

13 Dec - jumpa dengan dia semula setelah setahun. well, kind of!
15 Dec - keluar dengan dia... but not alone... huh
18 Dec - bakal in laws aku datang ke rumah... is it too early to say this?
19 Dec - keluar berdua... yieehaa!
24 Dec - i was being proposed!!
24 Dec - sexual harassment yang macam haram! DEMYU~
29 Dec - pedeclaran pengkapelan... hah... apa la aku merepek ini?
*note that most of the dates di atas berkaitan dengan chenta aku. maaf, sebab sekarang aku sedang angau*

hurmm... da masuk 2009 pun. azam aku tahun ini ada banyak..kebanyakan daripadanya ialah, aku na menghabeskan azam tahun-tahun lepas yang tak kesampaian tu. lagi aku na menguruskan badan bagi lebih HAWT *ye la busyukk, diet la ni. pls note the LEBIH word ok!*, lagi aku na relationship aku kali ni berkekalan lah ke akhirnya *azam ini akan diulang pada tahun hadapan, Insyaallah*

Akhir kata dari aku, sukses sukses sukses!!

Monday, December 29, 2008

Inilah jadinya kalau kita ingat kita aje yang terer!

betul ke apa yang aku cakap selama ni? make sense kah apa yang aku dok merepek for the past lebih kurang lapan bulan ini? aku sendiri tak tahu. sebab itu aku perlukan korang semua untuk bagi aku komen-komen membina, supaya aku dapat perbetulkan kesilapan dan improve myself. semua kritikan-kritikan yang aku rasa boleh menjadikan aku seorang manusia yang lebih sempurna, aku akan terima. tapi kalau yang na manjatuhkan aku tu, maaf lah. silalah kau ke longkang~

aku bukan na cakaplah, tapi sejak aku berkecimpung dalam arena ke-blogger-an nih *is that even a word??*, banyak jugak aku bace blog-blog yang aku senangi dan ada yang 50-50. aku suke explore other people's blog. macam-macam yang aku boleh jumpa. ada yang santai, ada yang post lagu, ada yang tak habes-habes buat tag, ada yang menjual-jual *silalah ke laman web kazen aku, dia jual muslimah swimsuit*,ada yang express feelings dengan menulis puisi muisi walaupun ada yang cliche, dan yang paling aku tak tahan adalah, orang yang sentiasa meng-condemn orang lain dalam blog dia. semua orang salah. abes, kau ingat kau aje yang betul?

ada this particular blog yang mana pada mulanya aku suka baca. kinda funny and interesting. cara penulisan blogger ini buat aku tertarik untuk baca bolg dia yang berteraskan unsur-unsur hiburan tu. tapi bila aku nilai balik setelah aku membaca post demi post, aku tengok, mamat blogger ini banyak menyalahkan semua orang kecuali... DIRI SENDIRI. asal dia aje, betul. asal betul aje, dia *aku pulak yang cliche*. kenapa lah dia macam tu?

lagi pulak, kalau ada orang kritik pasal entry-entry dia ni, cepat aje na melatah. tu lah, ada sekali tu, aku cakap kat member aku, kalau rasa-rasa tak boleh terima kritikan atas setiap apa yang kita tulis dan publish dalam sebarang blog atau notes dalam social network sites, lain kali jangan menggatal na tulis. just keep it to yourself. penulis blog yang aku maksudkan ini juga boleh aku kategorikan sebagai Mr. Grumpy la. selalu aje marah-marah dalam setiap entry. ada je yang dia tak puas hati. susah betul na memuaskan hati dia ni. Chill bro, chill!

walaubagaimanapun, itu blog dia. suka hati dialah na cakap apa pun. kita yang membaca ni patut tahu bezakan dan menilai apa yang betul dan apa yang salah. tak lupa jugak, ini blog aku. kalau aku na mengomen si penulis blog itu pon apa salahnya. INI BLOG AKU LA DEYY!

maaf kalau si penulis itu membaca entry aku yang ini. kalau kau boleh komen orang lain dalam blog kau, kenapa tidak aku kan? aku juga punya hak yang sama. *tapi ini komen sayang, kita sama-same betulkan kesilapan kita*. dan maaf juga kepada peminat-peminat blog si dia ini. bloggers should have the freedom to write what he/ she thinks. komen pilihan Sue Anna Joe dalam blog dia memang bernas. aku setuju dengan apa si Diloz cakap. terima kasih kerana membuka minda aku menjadi penulis blog yang lebih straightfoward. Muchos Gracias!

Thursday, December 25, 2008

DEM si tua~

Amaran: entry ini mengandungi perkataan-perkataan berbaur carutan yang bakal mengganggu sensitiviti sesetengah pihak.

mula-mula aku na ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian!!

topik yang aku nak bangkitkan hari ini ialah sexual harassment. adakah anda tahu apa itu sexual harassment?

Sexual harassment is unwelcome attention of a sexual nature and is a form of illegal and social harassment. It includes a range of behavior from seemingly mild transgressions and annoyances to actual sexual abuse or sexual assault. Sexual harassment is considered a form of illegal discrimination in many countries, and is a form of abuse (sexual and psychological) and bullying.

jadi, jelas kat penerangan di atas *yang aku cilok dari wikipedia*, kita semua tahu, harassment itu termasuk juga perlakuan berbaur seksual yang kita tak senangi atau perlakuan yang membuatkan kita rasa tak selesa. in mat saleh they say "annoyance" lah. *mencilok ayat lagi, tp ini ayat Busyukkk c:*

ramai wanita-wanita dan gadis-gadis kat Malaysia yang makmur ni sebenarnya terkena. tapi sayangnya, kita tak diberi pendedahan yang terperinci tentang bagaimana sebenarnya sexual harassment ini. kebanyakan dari kita sendiri tak tahu yang kita sedang di-harass.

to be frank, aku menyampah sangat dekat sesiapa yang berani buat sexual harassment ni. pendapat aku lah, mereka-mereka yang tak dapat kawal nafsu ini, elok saja kasi potong itu birdie! lagi-lagi bila mereka buat pada darah daging sendiri.

*perasaan marah aku da tak dapat dikawal da ni. siap sedia ye!*

kepada si setan tua ganyut:

"hoi kemaluan ibunda, listen, kissing my neck is not ok. so do my hands n arms. bertanya tentang saiz payudara aku is not cool. biar lah besar mana pun, kalau kau na, pegi buat surgery lah. tarik-tarik tshirt aku untuk melihat dengan lebih jelas betapa voluptuous nya payudara aku, tak sopan. memeluk aku sambil berkata, "ini ke rasanya badan si 36C" adalah sangat celaka. datang ke rumah masa parents aku tak ada, lagi macam cibai. siap kau boleh pesan jangan bagi tahu dekat mama and ayah tentang apa yang kau tanya. fakyu lah. aku bukan girlfriend kau. kalau kau da tak boleh tahan na menggomol perempuan, kau boleh pergi cari dekat Bukit Bintang. tapi tolong, aku kau jangan usik. kau ingat aku bodoh ke? kau ingat aku akan diam aje. sial! dulu aku hormat kat kau, tapi sekarang, bagi aku, taraf kau sama macam anjing tepi jalan. kau itu binatang. ingat-ingat lah sikit, kau da tua kerepot. tak lama lagi na masuk kubur dah. harap pegi masjid tiap maghrib, junjung haji ke hulu ke hilir, tapi dalam hati, busuk, menanah. dem! ingatkan parents aku boleh harapkan kau, tapi, harapkan pagar, pagar da berkarat, siap byk taik burung. CILANAT!!"

**shoutout itu bukan rekaan. telah berlaku dan aku sangat pissed off.
maaf parents, aku da tak boleh sabar.
dan sangat bengang.
to Busyukk, thanx for texting me tepat pada masa itu.
u macam dapat rasa je kan?
thanx jugak kepada 'kawan mama' *nama dirahsiakan*
kerana menelefon. saved by the ring**

Wednesday, December 24, 2008

Why Do Men Avoid Commitment?

Commitment: verb, female: a desire to get married and raise a family; verb, male: not trying to chat up other women while out with one's girlfriend or wife.


bagi aku lah kan, lelaki ni, dorang boleh komited pada sports macam its their religion. Tapi, cuba kau suruh dorang komited pada satu relationship, menggelupur bai! A man will often hold back his feelings towards the woman he loves, but can become visibly emotional when his favorite team is playing - siap ada yang nanges kalau kalah tu.

If you want a committed man - look in a mental hospital!

Pasal tu lah aku penah cakap dulu, lelaki yang takutkan komitmen, belum boleh dikategorikan sebagai lelaki, tapi BUDAK lelaki. baby... dan sekali lagi aku tekankan kat sini, kalau kau rasa kau belum cukup jantan untuk bagi komitmen kat perempuan yang kau suka, better don't tell her you love her. kau akan jatuhkan confidence dia bila kau tinggalkan dia kelak.

The only difference between men and boys is the price of their toys.

**kalau korang pernah rasakan macam mana rasanya bila ditinggalkan, korang akan paham maksud aku. dan kepada siapa-siapa yang na rasa, silakan buat keputusan terburu-buru. sekian c:**

*updated on 24th Dec at 1800 hours; to budak jahat saya, terima kaseh c:*

Tuesday, December 23, 2008

CUTIKAH AKU?

hari ni dah 23hb
tinggal berapa hari aje lagi aku boleh bangun ikot suka hati
atau mandi bila aku rasa nak mandi *kadang-kadang aku save air untuk sehari*
minggu depan dah tak boleh bai... terganggu penghidupan aku

tapi satu aje yang aku sakit hati sangat
ni adalah luahan perasaan kepada UM, so called kebanggaan kami tuh:

"ehem, dimulakan dengan bismillahhirrahmanirrahim
kau da bagi aku course structure suruh ikut, sekali bila aku na register
ada pulak subject yang tak ditawarkan. apahal lak ni?
sekarang ni aku punya credit hours ade 16 je, na penuhkan lagi 3
kalau aku extend banyak sem nanti, semuanya salah kau ye UM!
demyu~"

*kepada makcik india yang jaga frontdesk dekat office FSKTM tu, anda terkecuali, anda kiut lah c:*
**wan, kau mengingatkan aku kepada hari aku perlu register... haihh~**

Tuesday, December 16, 2008

untuk semua yang bergelar sahabat...

*this entry is specially dedicated to all my friends, whom i've known personally, all thru these years, months, weeks, days, hours*

saat aku sedang gundah gulana dulu
kamu semua bantu aku untuk bangkit, sokong semangat aku
pimpin tangan aku (bukan macam tolong orang cacat penglihatan tu ye)
kini bila tiba saat kamu pulak
mari sini aku beri kata-kata membina sikit
get u all back in the game~

hey kawan-kawan aku yang pernah ditinggalkan:
--> keluarkan airmata kau sekarang dan habiskan sekarang jugak
jangan jadi macam aku, terbawa-bawa hingga satu tahun
kau kuatlah, kenapa na layan perasaan sedih lama-lama
rugi... aku dah rasa. dan aku rasa rugi!
betul kata izzul. aku dah nampak, dan aku sangat setuju.
kau masih ada aku, ada kawan-kawan yang sayangkan kau, ok!
dan jangan salahkan dia 100% kerana tinggalkan kau
dia ada alasan sendiri kenapa dia buat keputusan itu *walaupun kadang-kadang alasan tu sak habes, tapi itu dia. kau na buat apa?*
kau jugak ada silap. kau buat banyak salah. ingat, it takes two to tango!
sudah habis menangis? jom pergi makan, kau belanja aku ok?<--

hey kawan-kawan aku yang pernah meninggalkan: -->kau sudah tinggalkan dia kan? jadi kau jangan salahkan dia sangat-sangat.
sudah cukup perit dengan apa yang dia tanggung. jangan tambahkan beban!
ingat, kau yang mahu OUT, bukan dia! tak kira apa sebabnya
tapi kau lah punca retaknya hubungan itu. KAU!
sekurang-kurangnya, selama ini, dia bersabar dengan kerenah kau, tapi kau?
kau lari dari masalah. kau tinggalkan janji kau. *walaupun kau cuma mencabar dia, NOT WORKING!*
kau nampak tak salah kau sekarang? *bukan salah kau 100%*
memang dia juga ada salah. tak terkecuali. dia memang bersalah!
aku tahu kau punya alasan sendiri, kenapa kau tak mahu bersama dia lagi
mungkin alasan kamu itu boleh pakai dan mungkin tidak
terpulang pada individu untuk menilai
*beauty (pun) is in the eye of beholder*
aku sudah habis cakap. mahu kau belanja minum jugak. yeahh.<--


p/s: seronok betul kenal dengan seorang insan bernama Firdaus, moga akan terus jadi sahabat!



**semoga Ahmad Murshidi, Marahaini Markam, Ammar Khan, Sheena Shareena, Tengku Najiha, Izuddin, Ammar dan Awe akan terus gembira dengan kehidupan baru mereka. all the best!**

Monday, December 15, 2008

entry menikam kalbu~

*bunyi keruhan Patie lagi*

Tyrant menang Bowl. itu pun coin toss
kire nasib baik jugak lah. haha
camera aku pulak habis battery
sungguh celaka. aku pulak lupa nak charge sebelum tido semalam

DEM!

lepas habis game, dalam pukul 4
kami semua bertolak ke Midvalley, lunch la konon...
boley lah tahan...
lepas lunch, borak-borak lebih kurang, lepas tu singgah Brewball.

masa kat sana, aku konon-kononnya macam tak ada mood sangat lah
memang pon, aku tak reti na berlakon-lakon nih
kawan aku perasan kot, tarik kerusi, duduk sebelah aku
**sedang kawan-kawan aku yang lain bermain snook. gumbira sangat lah tuh**

Izzul pesan pada aku, dia kata sabar aje
dalam hidup banyak dugaan, kalau tak ada, tak best lah hidup
dia pesan pada aku lagi
kalau bercinta lain kali, jangan bagi 100% hati pada dia
lagi dia kata, aku mesti enjoy every moment of my life
kalau tidak aku rugi besar!

Izzul: laki-laki ni pon susah na difahami. kadang-kadang dia tak tunjuk apa dia rasa

Izzul lagi: bagi aku, perempuan itu PRECIOUS, dan lelaki yang melepaskan perempuan yang betul-betul cintakan dia adalah sangat rugi.

lagi lagi Izzul: lelaki membawa bersamanya sebuah bahtera, dan didalam nya ada isteri dan anak-anak. kalau lelaki itu pandai mengemudi, cantiklah perjalanannya.

dan lagi Izzul: kalau kau nak tau lelaki yang betul-betul baik, jangan nilai pada cara dia melayan kau, tapi teliti caranya melayan ibunya.

kata-kata Izzul pada aku, sungguh menyentuh hati, sampaikan di mata aku
bagaikan ada air yang bertakung
WOOSSSHHH
sekali airmata tu mengalir jugak
ingatkan hujan airmata ke apa
puas aku tahan-tahan sebab malu depan orang ramai
tapi, tak tertahan babe!

Izzul
: kau tahu kenapa yang kau masih meratap ni? sebab kau belum memaafkan. kau belum maafkan dia, kau belum maafkan diri sendiri. you should just let it go.

bila dia tekankan ayat itu berkali-kali
baru aku sedar, kenapa selama setahun ini aku tak pernah jemu rindu pada ex aku
dan kenapa aku perlu rasa cemburu sedangkan antara aku dan ex aku memang sudah tak ada kaitan lansung
rupa-rupanya, malam tadi aku dapat jawapannya
despite of all the noise in there.

hari ini, aku maafkan diri aku
sebab aku buat silap, memilih tanpa berfikir
mencintai tanpa membuka mata
merindui tanpa periksa
hari ini aku luput kan dia dari ingatan aku
dari hati aku, dan dari roh aku
semua yang dulu itu aku buang jauh-jauh
kini aku sedia mula hidup baru, aku sudah buat keputusan juga
kalau dia mahukan ikatan persahabatan
mengapa tidak kan?

I've Forgive, And I've Forget~

**update ini pada 15 Dec, selepas aku keluar jumpa EX aku di Midvalley. kami sudah jadi kawan. dan aku sangat tenteram, selepas setahun aku macam orang gila. terima kasih Izzul, sebab beri aku nafas baru**

Saturday, December 13, 2008

REUNION.AKU.DAN.DIA

ketik ketok ketik ketok... *bunyi kalkulator scientific aku*

kurang lebih setahun jugak lah aku tak jumpe die
sejak die text "I tak boleh sayang you lagi"
dan "I confuse sameade I sayang or I kesian"
tadi die menjelma depan muke pintu...
dan habiskan nasi lemak sedap yang mak aku masak
(nampaknye aku kene belaja masak jugak)

nasib baik, hari ni kawan aku dari MRSM dulu kawen
kalau tak, mesti aku stuck dengan die 2 jam
mak aku je yang melayan die dan kawan-kawan die
nasib baik juge die tak bawak awek baru die
kalau bawak mungkin aku halau
bukan aku shallow
tapi aku masih tak dapat terime die buat aku macam tunggul
macam tak ade perasaan.
kesian pade aku
kalau boleh aku na ucap ***** aje. tapi aku masih malu
malu dengan mak aku, kawan-kawan aku yang ade tadi
dan kawan-kawan die yang tak bersalah lansung
kalau aku cakap, mesti mereka serba tak kene
jadi untuk elakkan orang lain berperasaan macam itu, aku tak cakap
aku kan baik nek moyang~

aku tak nak bebel panjang pasal die
buang tenaga menaip aje, lagipon esok kene bangun pagi
na amek gamba untuk game Ansara 7s

kepade kawan-kawan ex aku:
terime kasih sebab sudi datang umah aku
walaupon aku tau kite tak ade kaitan lansung.
bukan aku tak na layan kamu semua tadi
cume aku tak selesa die ade. seyes aku tak selesa
mungkin kalau kite jumpe kat mane-mane tanpa die
sile tegur aku, dan mungkin
aku akan belanje teh tarik sebanyak berape cawan yang kamu semua na.
*nasib baik PTPTN aku suda approve balik. kalau tak, miskin lah aku sem depan!*

dan kepade kau yang tak ade perasaan:
aku rase kau buat satu kesilapan lah sebab datang umah aku tadi
tengok, aku da susah na tido
mate aku kan da berair je. ni yang aku malas neh
da la ade kawan-kawan aku tido kat bilik aku
malu lah aku bai!
bukan juge aku tak na layan kau sebab aku sombong aku pakai baju lawa tadi
cume aku tak na sakitkan hati aku sendiri
aku takot nanti ade ayat-ayat tak senonoh yang kua dari molot aku
sejurus selepas itu, kau pulak malu...
walaupape pon, kau jangan salah faham
aku sakit ati je dengan kau, aku tak benci
infact kan bro, aku tak penah benci kau
aku sayang gile kat kau. kalaulah kau dapat rase ape aku rase...

**aku tamatkan entry aku kali ni kat sini, pukul 12.30mlm, dengan bunyi dengkuran dari Patie. krohh krohh**