Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Wednesday, March 25, 2009

alahai MPMUM

Pertama-tamanya, aku ucapkan tahniah pada PMIUM sebab mereka berjaya menguasai majoriti kerusi umum di Universiti Malaya. Dan pada waktu ini, aku juga rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah itu kan? Better late than never, they say!
.
.
Harapnya dengan perubahan pucuk pimpinan di UM kali ini dapat meng-improve kan lagi segala cacat cela *aku cuba mencari ayat terbaik, but failed!*. Bagus jugak ada perubahan, kalau tak, bosan pulak kan? Lagipun, bagi la peluang sekali. Kalau ok, boleh undi lagi tahun depan. Kalau tak, sekali aje la jawab nya!
.
.
Tapi kat sini ada beberapa perkara aku na highlight kan. Aku rasa ada baiknya jika MPMUM sessi ini lebih mementingkan perihal dalam kampus berbanding campur tangan dalam urusan politik luar. Ingin aku tekankan, politik kampus dan politik 'real world' are two totally different entity. Kami mahasiswa UM lebih memerlukan pemimpin pelajar yang peka dengan permasalahan kami berkaitan kampus berbanding isu-isu luar. Suara-suara kami ini siapa yang na dengar, wahai MPMUM?
.
.
Contoh 1:
TNC dah keluarkan perutusan, untuk sessi 2009/2010, semua pelajar tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk kenderaan bermotor termasuk lori dan traktor. Pelajar tahun 3 pulak hanya dibenarkan membawa motosikal. Alasannya, WE WANT TO GO GREEN *visit www.earthhour.org/malaysia*. Memang betul, social responsibilities sangat penting. Tapi macam mana dengan kami yang ada kelas kat 2 fakulti yang berbeza? Fakultinya jauh-jauh pulak tu. ye, memang ada shuttle bus, tapi bukan setiap masa. The situation is like this, bayangkan kelas yang back-to back. Pukul 1-2, System Analysis di FSKTM. Pukul 2-4, Intoductory Accounting di FPP. Kalau na jalan, maulah ambil masa 15 minit. Tu kalau bigwalk lah. Na tunggu shuttle bus? Hah, buatnya shuttle lambat? Maunya aku kena lock kat luar lecture hall tu. Kalau na bawa moto pon, bukan semua ada lesen. Contohnya aku ni.
.
Solution contoh 1:
Boleh tak MPMUM usahakan supaya, pelajar tahun 3 yang tinggal luar kampus sahaja dibenarkan bawa kereta? This is vital, sebab, tak kan da 3rd year masih mahu ponteng kelas? Datang lambat. Some of us are in our final year tau tidak? Kami na grad cepat, na kerja and kawin! Bukan semua umat manusia ni ada lesen moto. Lagipun, sangat inconvenience lah bila kelas kami ni ada pada waktu malam. Shuttle mana ada malam-malam ni. Tolonglah pertimbangkan.
.
.
Contoh 2:
Kenapa na bantah PPSMI? Bukan kah English tu lingua franca? *ewah aku* . Kenapa harus sempitkan minda? Bukan na pinggirkan Bahasa Melayu. Bahasa itu tak pernah terpinggir pun. Kalau kat rumah, kita cakap Melayu jugak kan? Apa yang terpinggirnya? Setakat 2 subjek itu saja yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Tak luak lah! Yang penting, masing-masing tak lupa akar umbi. That's what matters. Kalau na kata guru-guru tak terlatih untuk mengajar dalam English. kita latih la. Math and Scientific terms kebanyakkan nya memang dalam Bahasa Inggeris. So, guna aje lah. Bila dah masuk U nanti, belajar dalam English jugak. Bukan kah melentur buluh dari rebungnya? Kalau da jadi buluh macam kita ni, memang English kemana, Manglish je jadinya.
.
.
Apa pun, aku harapkan pimpinan MPMUM kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. WE LOVE UM. *bukan sebab ini tagline PMIUM ok. sebab memang aku sayang UM. as if*

17 comments:

Anonymous said...

PPSMI pun aku bangkang juga. Jangan fikir singkat sangat. PPSMI tu baik untuk anak² muda lebih maju kehadapan. Bahasa melayu itu bahasa ibunda kita. mustahil akan hilang.

dan, kebanyakan term2 sains dan matematik adalah dalam bahasa inggeris.

nak translate melayu? boleh. tapi bunyi nya sama saja

assimilation - asimilasi.

computer- komputer

baik tak payah la!

Anonymous said...

silap pula, nak edit tak boleh. hampes.

'PPSMI pun aku bangkang juga'

itu sepatutnya

'Bantah PPSMI pun aku bangkang juga'

susah kalau tak pkai blogger neh

Anonymous said...

http://ginny-uninterrupted.blogspot.com/2009/03/up-against-ppsmi-mate-syabas.html

Najwa_La said...

tak pe wan...
aku paham.. haha!

DYL said...

uiyh~xadil..isk2

Najwa_La said...

apa yang tak adil?
care to share?

zarf_iera said...

ok..ak pn stju ngan PPSMI.mybe sbb kite ni mmg dr glongn intlektual..(lah knonnye).huhu..
kite x nmpk n x peka hal2 luar.
since my dad is a teachr, ak ngan bpak ak ciap gado2 bgai bout isu ni.bpak ak bkn x stuju.tp, kite kne pk gak psal dak2 lua bndr.dowg x se'advance' dak2 bdr ni.juz imagine,skang pn still de dak drjah 6 x pndai mmbce.inikn pulak in english.mencecet dowg nk catch up.i2 lah slah 1 sbb nape dak2 bdr mkin maju,n dak2 luar bdr mkin ktinggalan.even aku skong PPSMI, but still,cian gak kt mreka.

p/s:fyi,my dad ngaja skool kt kg.dats y i noe..

Najwa_La said...

memang ye sebilangan kecil mereka yang di luar bandar tuh agak ketinggalan, macam yang kau cakap tu. tapi from my point of view, kalau kita asyik dok na ikut standard segelintir pelajar yang kurang 'catch up' ni, macam mana kita na maju seterusnya. Betul, memang kesian. Jadi,solution-nya ialah, extra effort perlu ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Baik kerajaan, sekolah, parents atau individu itu sendiri. Kalau sibuk kesian saja, rasanya eloklah kita lupakan impian na jadikan Malaysia ni sebuah negara maju... Mari tanam sayur ramai-ramai!!

capiz_abra said...

ppsmi?sape yg bantah=org yg kolot..mustahil klu blaja dlm b.i bole buat seseorang lupa bhsa ibunda..mengarut,merepek,merapu adalah perkataan yg sesuai utk org2 yg pk cam2..1 lg,nk pk pasal org lua bndar yg xleh blaja dlm bi?merepak gak..bg bahasa melayu pon dorg x phm..bkn masalah bahasa bila budak x cemerlang,tp masalah sikap.klu nk seribu daya,xnk seribu dalih..klu nak jugak bantah,sruh kerajaan jgn anta budak g oversea.nti dorg balik sini x pndai ckp b.m..logik ke?kite pon tau bnd cam2 xkn jd..blaja dlm b.i utk dpt ilmu,bukan smpai lupa asal usul.punca masalah sebenarnya dtg drpd org2 yg nk mempolitikkan sume bnd..ha,ni klu ad org kolot bace komen ak,mst ktuk ak gak sbb gne short form..peduli hape ak.atleast ak tau pk.mak bapak ak yg mmg pure kampung pon soh ak bnyk bace buku b.i..pndai2 pk lah ye,khas utk2 org2 kolot..hahaha!!!

zarf_iera said...

hurmm..kirenye skang ni kalu nk maju mmg kne gune english r? kalu cm2..jpun ley lak ea maju even x gne english pn.korea utara yg gmpak dri segi military dy pn xde gne english..even dri aspek len dowg kureng sket.

hazwan said...

Aku baru sudah temubual A. Samad Said hari sabtu lepas. banyak hujah bernas kenapa bantahan PPSMI.

antaranya:
a)Negara seperti perancis,jepun dan korea utara memberi syarahan di peringkat antarabangsa dengan menggunakan bahasa ibunda.Kerana, Mereka bangga dengannya.

b)jangan kita leka dengan duniawi tapi lebihkan kepada ukrawi

c)German yang berkepakaran dlm bidang kedoktoran guna bahasa mereka, sama juga seperti Korea bagi bidang Nuklear. kenapa tidak malaysia?

d)pelajar akan kerja di Malaysia, di mana mereka berada di negara yang menggunakan bahasa melayu.kenapa tidak kita guna sahaja bahasa melayu untuk pengajaran?

e)jangan kita malu bila bahasa indonesia jadi bahasa keempat dunia satu hari nanti.

f)point ni paling aku suka. "Kalau saya di pentas dunia, bercakap melayu. Hanya saya dan obama sahaja yang faham nanti.fyi,Obama pernah menetap di indonesia.


hujah aku yang perlu di fikir dari sudut lain:

a) Malaysia bercita² untuk keperingkat global, English satu keperluan supaya kita tidaklah terkial2 atau tergagap dengan bahasa asing.satu pemahaman itu penting.

b) kebanyakan buku² ilmiah adalah dalam bahasa inggeris. Ini kau boleh tahu kalau kau di universiti.Jikalau cetek pengetahuannya. mana kan mahu maju. A.samad said juga mengakui membaca buku berbahasa inggeris. Kita kekurangan buka yang sudah di olah bahasa.

c) Bahasa inggeris adalah medium komunikasi antarabangsa di mana ia digunakan merata dunia. Untuk lebih internasional. bahasa ingeris itu perlu.

d) bukan memartabatkan bahasa inggeris. Bahasa melayu
masih utama.

zarf_iera said...

hurmm...stuju ngan saudara hazwan.bkn pe..negara spt jepun,korea n peranciz mmpunyai jati diri yg sgt kuat.warga mlaysia ni bkn nk kte pe r..tp,kureng sket bab2 jati diri ni.so..bygknla dgn jati diri yg x seberape ni..rse2nye mrtabat BM sbg bhs ibunda kite ley di pelihara x sekiranya BI tros dinaik tarafkan di negara sendiri? jd..x mustahil r BM akn dilupakan.. i2 la yg merisaukn sume pihak yg membangkang PPSMI.mreka mmbangkang bkn krana mreka kolot, owg kg dsb..tp sbb sygkn BM..

Najwa_La said...

persoalan aku sekarang, kalau kami sokong PPSMI adakah kami tak sayangkan BM? Kami penderhaka tanah tumpah darah sendiri kah? Adakah? Adakah? hmm...

Kalau na cakap soal kenegaraan dan sebagainya, cuba kita selak balik buku sejarah, tanya datuk nenek yang hidup zaman jepun, zaman orang putih dulu. Walaupun tiap pagi matahari terbit wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, walau terpaksa belajar bahasa asing hanya untuk mendapat sesuap nasi (mestilah, perlu converse in English kalau mahu kerja dengan orang putih), tak 'Jepun' pun kita sekarang. Tak 'Orang Putih' pun mak bapak kita sekarang... masih Melayu jati yang sayang bangsa dan bahasa... dan paling penting masih guna BM setiap hari... (Aku dapat BM A1 masa SPM).

Dengan hanya belajar Sains dan Matematik dalam English tak bermakna kita benci BM. Ini sebagai langkah persediaan supaya jika di hantar mewakili negara ke luar negara misalnya, kita boleh bertutur dengan fasih. 2nd language apa salahnya? Na mintak kerja pon kita ditanya jika boleh bertutur dalam bahasa-bahasa lain. Kalau kita takut sangat BM tak terpelihara, aku rasa kita uga patut mansuhkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, SR(J)K, sebab mereka juga ada ajar bahasa masing-masing. INI JUGA BOLEH ANCAM KEDUDUKAN BAHASA MELAYU!!! takut kan? *sinis ni. jangan tak paham*

dan menyentuh soal kebolehan sesebuah negara maju dalam bahasa ibunda mereka, aku tak bangkang yang jepun atau mana-mana negara lain guna kan bahasa mereka tetap boleh maju. sebenarnya aku sangat benci penggunaan contoh ini. Adik beradik kembar sekalipun tak boleh dibandingkan (ini tips Dato' Dr Fadzilah Kamsah kepada ibubapa, look it up), ini kan pula 2 negara berlainan adat budaya. Kau rasa, selama 52 tahun kita merdeka ni, kalau kita tak gunakan English dan hanya guna BM, adakah Malaysia akan sampai ke tahap ini? Jangan nafi keberkesanan English membawa malaysia ke persada global. lagi satu, ada 2 lagi subjek UPSR, 5 subjek PMR, dan berlambak-lambak subjek SPM dan STP yang diajar dalam BM, jadi jangan lah cepat melatah. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!

Aku sayang BM. tapi kalau dah joystick di terjemahkan kedalam BM dan berbunyi 'Kayu Ria' apa kehal nya? dan satu lagi term aku petik dari satu blog,
Bubble Jet Printer = Pencetak Jet Berbuih
apakah ini? BM ni bahan lawakkah? Fikirkan...

**sorry, ive used up so many memory space**

Anonymous said...

khas dari orang kolot,
*ppsmi?sape yg bantah=org yg kolot..*
sampai bilakah orang melayu nak maju kalau bangsa sendiri pun xnak tolong.ni lah perangai sebenar orang melayu, cakap sikit da melatah. jati diri pn xde. masalahnya sekarang bukan nk membantah tapi kesian la sikit org kampung yg bahasa melayu pn x faham tu..xkan kite nk maju sorg2. kalau macam tu sampai kiamat pn bangsa kita x maju. malaysia sekadar maju di mata kasar tapi pemikiran masih lagi pemikiran dunia ketiga.mereka bukan sahaja x fasih berbahasa inggeris malah yg parah nye bahasa ibunda sendiri pn x faham..golongan inikah yg anda mahu lepaskn,biarkn tercicir? sedangkn anda maju ke depan..

Najwa_La said...

selalunya aku tak akan layan komentar si ANONYMOUS, sebab aku rasa mereka ni tak ada pendirian. suka hit and run. tak mahu take responsibilities atas penulisan sendiri... tapi kali ini aku layan jugaklah, since senang na 'tabur' si pengecut. haha c:

untuk pengetahuan si anonymous, kisah tolong menolong sesama bangsa ini dah lama berlaku. kerajaan dah lama tolong anak-anak melayu. contohnya, bila aku masuk MRSM dulu, 99% adalah anak melayu. pelajar-pelajar UiTM semua adalah bangsa melayu, dan dana keusahawanan yang diberi kerajaan adalah hak orang melayu. ASB juga milik bangsa melayu. MARA juga orang melayu. harga rumah yang dibina kerajaan lebih murah bila dijual kepada bangsa melayu... na apa lagi kan? kalau menunggu kerajaan na suap saja, sampai kiamat lah kita duduk bawah kolong.

aku tak tahu apa bangsa cik/en anonymous di atas. tapi aku rasa mesti orang melayu. cik kata, perangai sebenar orang melayu, cakap sikit na melatah, tak ada jati diri. Cik juga tergolong dalam bangsa ini kan? jadi sama-samalah kita tak ada jati diri. yieehhaaaa!

berapa ramaikah golongan yang tak tahu berbahsa melayu ni? kalau kanak-kanak yang baru pulang dari oversea tu aku paham. tapi yang duduk malaysia sejak lahir ni, mustahil tak paham. untuk pengetahuan anonymous, bukan semua orang kampung tak tahu berbahasa inggeris. ada di antara mereka lebih pakar dari kita yang duduk tengah-tengah bandar ni. jadi mind your language bila menulis. practice to be precise. *faham tak apa aku cakap ni? sinis lagi*

cuba fikirkan... untuk mengasihani segolongan kecil mereka yang sukar memahami bahasa asing ini, sanggupkah kita korbankan mereka yang berpotensi untuk maju walau dalam apa bahasa sekalipun? kenapa kita perlu sentiasa pandang yang di bawah. salah kah untuk jadi lebih baik? kami memang tak mahu maju sendirian. sebab itu kami tekankan juga PPSMI ini supaya diteruskan. cuma perlu lebih effort dari pelajar. SEBAB TU LAH ADANYA GURU. BILA TAK TAHU, BERTANYA. INI BODOH SOMBONG. BILA TAK PAHAM, SALAHKAN KERAJAAN SEBAB JALANKAN PPSMI. INI DAH MACAM LAGU BANGAU OH BANGAU. SENTIASA CARI KELEMAHAN YANG LAIN, KELEMAHAN SENDIRI TAK MAHU BAIKI. MEMANG LAH TAK BOLEH MAJU MACAM NI, WALAUPUN GUNA BAHASA SENDIRI.

komen aku kali ini agak emo, sebab there's anonymous involved. kalau dia boleh 'baling batu sembunyi tangan', aku pun boleh me-laser dia. *note that i used peribahasa, my BM is not bad eh?*

hazwan said...

najwa, ini yang aku nampak sekeliling aku,

i) di mana bahasa melayu dicampur adukkan dengan bahasa inggeris. itu juga satu pencemaran bahasa.

ii)isu SRJK adalah satu isu yang tidak boleh kita persoalkan, kerana ini malaysia ya. di mana berbilang kaum.ia isu sensitif, kamu tahu kan itu? kau debat la dimana² nak mansuhkan SRJK, nesacaya kau takkan menang dan mungkin kau yang akan malu.

iii) Setiap benda itu ada pro dan kontra. sama juga isu PPSMI.

ps: wah~kau semakin laser ha.wahaha

Najwa_La said...

memang wan, aku setuju. bahasa rojak memang salah satu pencemaran bahasa. sama juga dengan bahasa IM dan SMS. dan aku rasa itu yang lebih perlu kita risaukan. sebab setiap masa kita guna bahasa-bahasa ini. tipulah kalau aku kata aku tak gunakan setiap hari. but then, i support PPSMI, which they say will kill the malay language...

kalau kau kata malaysia berbilang bangsa, adakah 'orang putih' yang telah menetap di malaysia, memohon jadi warganegara atau penduduk tetap tak dikira sebagai rakyat? as you said before, we are multi racial and cultural! aku tak ada isu dengan SRJK, cuma aku mahu terangkan tujuan aku berkata-kata di sini. Sebab utamanya ialah, BM terhapus, tak dimartabatkan. aku juga rasa kau tahu apa aku maksudkan. terima kasih!

ye, semua benda memang ada kabaikan dan keburukan. nama pun debat, dan sebagai pencadang, mesti lah aku mahu tegakkan fakta-fakta aku! cuma tiada hamper je mahu diberi pada pemenang! *lain kali aku jadi 'diamond cutter' pulak*