Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Showing posts with label chenta mentha. Show all posts
Showing posts with label chenta mentha. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Birthday Basher

What a day... Ok, ok. Untuk peeps yang tak tahu apa terjadi ni, meh aku terangkan. Sebenarnya on 3rd of March haritu birthday aku. So first of all, aku na cakap terima kasih lah pada sesiapa yang wish aku haritu. Terima kasih atas ingatan tu. I really appreciate it.

Mulanya cerita harini bila Mar kata na belanja aku makan KFC pukul 5 petang. Punyalah aku elak, sebab aku ingat na balik awal. Tapi, dia kata tak boleh. Kena tunggu pukul 5 jugak. So, ok lah. Aku pun tunggu je lah. Dalam pada tu, aku perasan yang dia ni tak lekang dengan talipon dia. Apahal minah ni? Masalah bomoh kampung dia tak boleh na bagi ayam makan ke? Kena mintak tolong dia ke? Tapi aku buat donno je. Malas aku na layan.

Pukul 5, dia ajak ke KFC sebelah UM ni je. Masa parking tu, actually aku dah nampak Eda dengan Anis tengah berjalan masuk. What are the odds derang makan pada hari yang sama, waktu yang sama, tempat yang sama? Tapi aku masih buat donno jugak. Konon nya bila masuk, aku na tegur derang lah.

Dengan konfiden, aku melangkah masuk! ehem.. ehem...

Tiba-tiba kat hujung sana ada orang nyanyi nyanyi. Kat situ ada Eda, Anis, Jimi, Yus, Dila, Dhika, Dwi, Amal dan Nurul. Parti lah ni... Tapi bukan parti tupperware atau parti politik. Menyambut birthday aku rupanya. Makan punya makan, aku macam sense something not right la. "Ini dah buat suprise, ntah apa suprise lagi waiting ahead!"

Tekaan aku betul, tiba tiba si Dia mucul la pulak. Gedebuk gedebak la I. Tapi serius, memang aku macam boleh agak. Dia selalu cakap, that's our bonding. Husband and wife memang macam tu. Well, insyaAllah akan jadi macam tu dan terus jadi macam tu. Patut lah malam sebelum tu bila aku call, Dia macam hesitate na mengangkat. Kata dalam hostel, tapi rupanya kat rumah sewa. Tengah hari tu pulak bila aku call, tak na angkat. Message aku kata dalam toilet. Rupanya dalam bas. Nakal! Tapi kesungguhan Dia buat sambutan hari jadi untuk aku memang aku respek la. Walaupun aku tau, student, kekurangan dana, dan Dia masih mampu ketepikan sikit duit untuk jadikan birthday aku a memorable one, dan menabahkan hati membayar duit tiket bas yang sepatutnya (kalau Dia just ikut bas ALAM tu) free. Thanks a lot Hubby! That's why I love you~

Haaa..kan da mengalir dah! ni yang aku malas ni.. Dah la, na hembus hingus jap!


Saturday, June 20, 2009

Kata Chenta #005: MAAF SECARA TERBUKA, dan tertutup.


"skng u da tw kan, how your 'terok' carelessness affects me?
i really luv u, sbb tu i amek hati

syg...
luv, trust & honesty exist together
without one, how can we be happy?

im so sorry sbb tak bincang ngan u
instead im so self-centered, off fon, n sulk
my bad. really sorry.
and about the facebook thingy also really sorry
im so foolish
i guess i xdpt na kawal perasaan i...

nothing i want more in this world than to be with u
i syg u sgt2 tw.
BTW, enjoy the action figure below.
Luv u so muchosss. mmuuaacccxxx~"


Ini apa yang aku hantar pada dia, aku betul-betul tak tahu kenapa aku publish bukan-bukan dalam facebook. Masa tu aku gila kot. Mungkin bulan mengambang.

To my Hubby,
again I want to say I am extremely sorry *now publicly*, I hurt your feelings while trying to have mine fixed. But you know I really love you and I would do anything just to have you by my side. Lain kali janji tak bagi tau satu dunia masalah rumah tangga kita ok! Sumpah tak poyo dah. Sayang you tau busyukk c:

Monday, June 15, 2009

Hati-hati dengan Hati!

3:50 P.M
Room, Bed.


On my stomach, trying to read Getting Rid Of Matthew. Skull's breaking. Closed the cover, put my throbbing head on my folded arms infront of me, while trying so hard to stop my eyes from bursting tears. Soft melodious sound emitted from the computer bearing Open Arms. I finally decided to pick up a pen, and embedded the ink on a piece of paper, before typing it on this virtual diary of mine.

I've only read a couple of words from the paperback, but it seems to wander off, not sticking into my goddamn head. I was distracted and sad.


Peh, da macam Sophie Kinsella pulak. Aku tengah dalam mood na ayat novel kot. Tapi benda yang aku mahu cerita hari ini bukan cerita lawak, bukan juga cerita setakat untuk suka-suka. Ini kisah serious. Ini kisah boleh bikin orang marah, ini kisah boleh bikin orang sakit hati, ini kisah boleh bikin breakup! Tapi ini juga kisah benar, kisah yang terjadi, kisah aku yang makan hati *jika anda sedang cari preview novel Kacip, anda sudah salah taip URL*.

Cerita-ceriti ini bermula begini. Mula dengan aku terasa hati. Mana tak nya, bila kekasih hati mula buat tek peduli, pasal perasaan aku yang separuh mati. Ini jangan kau salah erti, bukan aku jeles membuta tuli. Nak buat macam mana, aku dah tak sedap hati.

Mungkin dia tak ada apa-apa, tapi caranya saja yang tak kena. Aku bukan kisah kau na pergi mana dengan siapa-siapa. Beyonce , Madonna mahupun Lady Gaga, tapi tolonglah, buka mulut cuba cerita. Jangan biar aku tertanya-tanya. Ini dah last minute baru kau na kasi berita. Itupun agaknya kalau aku tak tanya, sampai sekarang kau tak bercerita. Cakap lepas plan dibuat, itu tak dikira. Sama juga macam kau tak mahu cakap apa-apa. Perasaan aku lansung kau tak na jaga, na tanya pendapat lagi tak payah cerita. Atau memang kau sudah punya agenda, yang semestinya kau mahu simpan jadi rahsia? Mungkin kau akan kata aku mengada-ngada, hell yeah, tapi ini yang aku rasa!

Aku menulis di sini cuma agar kau tahu, aku tak na duduk diam macam batu. Cuma aku rasa respek kau pada aku kurang di situ, kau buat aku macam tunggul kayu. Kalau sudah plan 2 3 hari dulu, kenapa tak na bagitahu aku? Supaya aku tak payah merapu-rapu, baik aku pergi baca buku. Kau tahu, benda-benda kecik macam ni yang buat aku tahu, sejauh mana kau sayang pada aku. Mungkin semua ini tuhan dah tentu, supaya aku bukak mata dan tak terus malu. Aku juga patut sedar dan harus tahu, mana tempat aku dalam hati kamu.


p/s: ini MUNGKIN tiada kaitan dengan sesiapa, cuma aku suka-suka buat drama, dan MUNGKIN cubaan novel pertama.

pp/s: mungkin aku boleh jadi bintang rap terkemuka.

ppp/s: Jadi bagi kau, aku ni siapa ya?

Tuesday, May 26, 2009

Kata Chenta #004: Wedding???

Mula-mula, maaf sebab aku da lama tak update. bukan sombong (sebab aku xpenah sombong beb), tapi yang sebetulnya aku tak ada idea na tulis apa. Aku macam kehabisan idea. Maybe the hidden anger inside me was preventing me from thinking creatively (macam lah aku ni kreatif sangat. cet!). Well, macam-macam perkara jadi sejak kali terakhir aku menulis, ermm, mem-post will be more accurate. Walaubagaimanapun, dengan keadaan kekeringan idea untuk meng-update (update dalam BM apa ek?), aku tetibe terdengar lah lagu ni. Gila touching. Its a song by Journey, an 80's band. Lagu ni popular during the early 80's, to be exact '82, dalam album Escape. Kiranya lagu ni evergreen lah. wuhhuuu!

Going straight to the point, this song describes a part of my life. Its going to be one of my wedding song (soon, soon!). I would like to dedicate this song to THAT MAN, who make me feel like Im living my fantasy, whom I will cherish all my life (tu kalau dia tak tinggalkan aku lah, hope not), and my cook in Restaurant City. Hmm, aku ni tak reti na berayat-ayat ni (I bukan macam you, sangat jiwang. huh). Happy reading (you might as well want to listen to it)


Open Arms - Journey

Lying beside you, here in the dark
Feeling your heart beat with mind
Softly you whisper, you're so sincere
How could our live be so blind
We sailed on together
We drifted apart
And here you are by my side

So now I come to you, with open arms
Nothing to hide, believe what I say
So here I am with open arms
Hoping you'll see what your love means to me
Open arms

Living without you, living alone
This empty house seems so cold
Wanting to hold you, wanting you near
How much I wanted you home

But now that you've come back
Turned night into day
I need you to stay.

(chorus)
*gambar tidak disertakan, kerana semua tak berapa na cantik*

Wednesday, May 6, 2009

Jawapannya, TIDAK!

Merujuk kepada post PEREMPUAN BOLEH DIBELI? bertarikh 2 Mei 2009, persoalan ni telah diajukan oleh En Hasnun Adha kepada dunia supaya dijawab. Hari ini, aku da mula ada idea untuk menulis reply nya. Maaf atas kelewatan, tapi janji tetap janji!

Perempuan ini bagi aku boleh dikategorikan kepada 2 sahaja.
1. Kumpulan wanita-wanita berguna, tapi bukan apa-apa jenis kugiran.
2. Geng hampeh, juga bukan geng kapak seperti dalam cerita Kungfu Hustle.

Untuk mengisih *ni lah sebab aku suka rojak bahasa, sebab ramai yang tak paham. isih bermaksud 'sort'* perempuan-perempuan dalam dunia ni senang saja. Kalau perangai lebih kurang aku, akan dikategorikan dalam kumpulan pertama. Aku tak mahu lah membuat kesimpulan panas yang akan membakar sesetengah wanita yang lalu lalang di sini. Tapi sekarang ini, memang ramai perempuan kategori 2. Bukan sebab apa, tapi desakan hidup. Kadang-kadang mereka rasa harta dan rupa pasangan mereka itu yang boleh menaikan kedudukan mereka di mata rakan-rakan. This is all phsychological problems. Padahal, kebahagiaan abadi tak meminta semua itu. Macam manapun, fakta tetap fakta. Tak kan aku na nafikan semata-mata kerana aku juga perempuan. tapi bukan semua...

maaf kalau apa yang aku katakan ini menyinggung sesiapa. tapi ini pendapat aku. Bagaimana kau menerimanya, terserah! Mungkin kau kata kau pernah menemui cinta sejati, tapi bila dia senang meninggalkan kau hanya kerana desakan rakan-rakan, I think you should know where you stand! tutup cerita, sampai sini saja.

*aduhhh... na pegi toilet lahh. waaaaaa*
*bunyi flush. Lega*

sambung balik. hmmm. macam ni lah. we have to believe in fate and karma. what goes around comes around *ye tak bob?*. Sebelum kita salah kan other entity, we should ponder for a bit, is there anything we have done wrong to deserve what we are going through right now? And I'm not just saying this to you, but also a reminder to myself as well. Tuhan tu kan maha kaya. He will not just let anything be unpunished. Dan kita juga jangan lupa, setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. In mat salleh they say, behind every cloud there is a silver lining. But there's plenty of those guys yang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada, walaupun dah jumpa perempuan yang sayang gila pada mereka. So, these kind of man, you better watch out, because your story will be revealed sooner or later.

ramai saja perempuan yang baik-baik yang belum kau temui *maaf, aku sudah berpunya*. One day, when you meet one, you will be thankful to these 2nd category girls for dumping you *cuba tanya Peyuh, betul tak apa aku cakap*. Percayalah, sebenarnya mereka ni yang membuka peluang kau untuk bertemu dengan yang lebih baik, mengajar kau untuk lebih berhati-hati dalam hidup, tunjukkan kepada kau bagaimana realiti dunia yang sebenar, dan jadikan kau segagah The Lantern *entah kenapa The Lantern yang aku ingat*. Enjoy life bro *tak kiralah untuk kau atau siapa-siapa yang kau maksudkan dalam post terbaru kau itu. Aku buat-buat tak tahu saja. lalala* !


p/s: masuk kali ni da 4 kali aku keluar masuk tandas selepas minum FaberMax. urghh!

Monday, February 16, 2009

Kelantan: A Journey To and Fro

Just got back here last night. It was a tedious journey, but heck, who cares when you can meet the love of your life aitte? OK, back to the main topic. We went there over the weekend, the perfect getaway!!! wee~

Setelah kurang lebih 12 tahun aku tak sampai, tiba-tiba ayah made his decision. Perancangan awalnya na pergi during the Chinese New Year, since kami satu keluarga tak menyambut perayaan itu. Tapi, disebabkan ada segelintir daripada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini akan pulang 'Makan Besar' ke semua daerah tak kira di mana ceruk, kami pun mem-postponed kan trip hari itu. Nasib baik lah ayah na pergi jugak weekend lepas. Sangat gumbira!

Let me fill you in about the journey. Seperti biasa, ayah drove all the way, back and forth. Kami lalu Gua Musang *dekat sikit beb. itupun it took us 5 hours and a half macam tu*. View was ok. Banyak hutan, single lane and winding road. Upon arrival at Machang, we were greeted by an accident, unfortunately, we missed it by 2-3 minutes *kalau tak mungkin sempat eye-witnessed kejadian tersebut*. I managed to snap a picture, but not so clear due to so many inconveniences *tingkap kereta tak bukak, tak dapat turun, accident to on my right side etc etc*. I think the motorcyclist died on the scene sebab tak diangkat ke tepi. Miraculously, tak banyak darah!

Tiba di Kota Bharu dalam jam 1330, lepas check-in dekat Dynasty Inn, solat, baring-baring, dalam jam 1500, our so called tourist guide pun tiba lah. Pusing-pusing, have lunch *makan colek dekat PCB*, tengok SIC dan MRSM PC *tourist guide eksyen*, pusing lagi sampai malam.

Esoknya lepas tourist guide sampai, dia bawak kami ke Pasar Siti Khadijah pulak. On the way to Rantau Panjang, since mama na shopping kat sana, singgah pulak rumah si tourist guide ni *nasi kerabu dan lompat tikam yang Umi buat mampu membuatkan saya 'siang tercari-cari, malam termimpi-mimpi*. Abang Man pun ajak ke rumah, jadi malam itu kami semua dinner sate sedap...

I was suprised actually to see that KB was not like what people always described. Ye lah. Ramai kata, nothing there. Tak ada night life and all those bullshits. Tapi, it was very nice there. Kalau na suruh aku stay sana pun boleh lah. Not because he's there, but honestly, memang ok.

In short, sebuah trip yang sangat menarik! na pergi lagi~

untuk Mr Tourist Guide saya: on Feb 14th, bila I tanya, sama ada you ingat tak hari tu hari apa, thank god you masih ingat. Even kita ada 'take a break' untuk setahun haritu, but I still consider we are 2 years in a relationship on that date. Boleh ke macam tu?

p/s: saya
sayang Mr. Tourist Guide saya~

Wednesday, February 11, 2009

kata chenta #003: Happy 21st Besday Kamu!

Suda tua... suda tua!!
ehehe c:
baru semalam I tulis entry untuk you kan?
hari ni tulis lagi
ahh tak kisahlah
ni blog I, suka hati I la kan??


I know that this past few months have been rough,
But I hope that our love is enough,
To carry you through hard time ahead,
And to help you sleep peacefully when you go to bed.

I'm always here to help with every part of your life,
After all that's what I signed up for when i became your wife.

I love every part of the life we share,

Even if sometimes it seems like I don't care.


There is one last thing i would like to say:
"
I love you so much, and HAPPY BIRTHDAY!"


this was then...

this was recently... we look so different right?
*but it seems like u got long hair... sorry dear, wrong angle c:*
*and me, bloated!! benci lahh gamba ni. memang angle salah*

Sunday, February 8, 2009

kata chenta #002: Hubby jangan risau ye!

"Nyiur gading puncak mahligai,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan.
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan."


Hubby,

sudah sebulan sejak kita metrai janji malam itu *walaupun sebenarnya kurang lebih 2 tahun kita kenal, plus that one year full of tears from my side*. hari-hari I lepas itu indah sangat-sangat. bangun pagi saja, tentunya you adalah orang pertama yang I ingat. walaupun kita memang sangat jarang bertemu, tapi tak pernah lekang ingatan pada you kat hati I ni.

bila I ingatkan kembali, peristiwa satu tahun itu, I rasa sangat kecewa. sedih. rugi. kenapa kita perlu buang satu tahun itu hanya kerana perkara yang amat-amat kecil. aduhh. kalau bisa I ulang hari-hari itu... tapi dalam masa yang sama, i bersyukur atas segala ketentuan-Nya. mungkin juga kalau kita tidak mengalami 'tahun' itu, I tidak mungkin punya kawan-kawan yang baik *let me name a few; Anna, Dill, Ikhe, Farouk etc etc*. dan mungkin juga kita tak akan menghargai hubungan ini seperti sekarang.

semalam I baca kembali entry blog yang I tulis untuk you dulu. dan untuk kesekian kalinya airmata I menitis. syahdu lah pulak. tak sangka I boleh tulis macam tu masa sedang bersedih. tapi itu dulu kan? sekarang ini I tahu you akan sentiasa ada di sisi I, and I hope it will last forever.

hubby,

ini kisah kita. cuma kita yang tahu apa sebenarnya yang kita sama-sama rasa. jadi, you jangan risau. I would not be so pathetic, listening to what others are saying about our relationship. mereka tak berhak menghakimi kita *bukan bermaksud mengganggu sesiapa yang bernama Hakimi*. sayang I pada you tak mungkin berubah B. I promise!

dan semalam sangat indah berbalas pantun dengan you! bila na buat puisi untuk I pulak?

dan sayang, I sayang sangat-sangat kat you tau. and I know you love me too. terima kasih untuk segalanya...

*seronok dapat jumpa your friends pulak, because all these while you have been seeing mine only*

Sunday, February 1, 2009

tak nak bagi sudah!

aku baru lepas bergaduh dengan Mikki. dia yang cuba cari pasal dengan aku. sudahlah satu hari aku tak jumpa dia. rindu aku yang membara ni baru aku na lepaskan. sekali, dia tak mahu pulak. mau nya aku tak naik angin. dia sedang elok-elok melingkar dekat ruang tamu rumah aku, bila aku melangkah na peluk dia saja, terus dia lari, masuk bawah kerusi. aku pun dengan sakit hati, sambil menaiki anak tangga aku berkata;

"sudah la Mikki, tak na takpe. jangan masuk bilik tatak lagi. huh!"
*tatak = kakak*

dia pulak boleh buat bodoh. pandang aku macam aku ni invisible man *boleh tak aku nyanyi lagu Invisible Man tuh?*

kalau Mikki tak mahu aku peluk dia, biar aku peluk orang lain saja. Busyukk? Anyone?

//diam kejap. penat berceloteh marahkan Mikki//



hari ini hari lahir opah. Selamat Hari Lahir Opah! teringat masa opah tolong jaga aku kecil-kecil dulu. apa saja orang tak kata. maklumlah, aku ini manja dengan atuk dan opah. lagi-lagi bila atuk ambil dari kindergarten, mesti berdukung. mulut kiri kanan mengata atuk. mereka kata atuk spoil kan aku. masa itu umur aku 5 tahun. ada yang ambil langkah lebih drastik, jumpa atuk personally. uhh, kalau la aku sudah mengerti masa itu, mahu saja aku laungkan yang mereka itu semua silap *aku akan bebel lanjut di lain post. tolong ingatkan aku*. those were the fak-iest days! tapi apa yang penting adalah hari ini, because;

'today is a gift, that's why it is called the present'

Anyways, wishing Opah all the finest wishes! Selamat Hari Lahir OPAH!
*harap Opah tak marah aku sebab aku wish dia ni. ahaha c:*

//this was then//

//this is... erm about 1730 just now. note the Crocs. owh, they are mine!//

Thursday, January 8, 2009

HELL-o B.I.A.T.C.H!

~Oh... Well imagine; as I'm pacing the pews in the church corridor
and I can't help but to hear, no I can't help but to hear an exchanging of words

"what a beautiful wedding, what a beautiful wedding!" says a bridesmaid to a waiter
"oh yes, but what a shame, what a shame the poor groom's bride is a WHORE!"~

tentang topik ini, aku banyak na cakap, tapi aku tau, kata-kata aku akan menyinggung terlalu banyak pihak, sama ada aku sedar atau tidak. tapi apa pun, aku masih na mengulas lanjut *sikit je la tapi ye!*

korang imagine ini:

kat rumah-rumah orang kawen merata Malaysia kita yang tercinta ni. Ada sekumpulan makcik-makcik *pakciks pun tak kurang juga* duduk sekumpulan, bercerita tentang gelang-melang yang baru dia beli, ataupun pinggan Arcopal yang suda dia order tapi masih belum tiba *Opah aku dealer Arcopal tau. boley contact aku kalau agak-agak na beli*. Dalam pada itu, bercerita jugalah perihal si pengantin. Macam-macam cerita lah keluar bila da ramai-ramai tu. Orang kata, na keep ourselves updated! Kalau cerita yang baik-baik aje tak apalah. Tapi, yang tak sedap tu, cerita buruk pengantin, mak bapak pengantin, adik-beradik pengantin, kakak ipar makcik pengantin pun menghiasi topik perbualan dorang ni. Walaubagaimanapun, nasi minyak pengantin balun jugak. DEM sungguh!
Tapi lagi malu bila cerita itu cuma berkisar tentang pengantin perempuan. Na dijadikan cerita lagi, si pengantin lelaki ini pulak, baik nek moyang. Uihh, bera muka. Lepas tu, tak cukup dengan mengumpat sesama sendiri, siap bagitau pulak semua orang yang dia jumpa kat majlis tu. Pehh! Superb~

*diam kejap, na fikir ayat terbaik*

tapi na buat macam mana, mulut orang kita tak boleh na tutup. jadi kesimpulan sebenar yang aku na buat berikutan 'kiasan' aku kat atas nu ialah, kalau boleh la, elakkan daripada membuat perkara yang bakal menjadi bahan umpatan sama ada ketika kita bersanding, berinai, beradu atau apa-apa ber lagi. lebih-lebih lagi jika kau adalah dari kaum aku. aku sedih pulak bila ada certain-certain kawan aku yang buat perangai ala-ala bakal-menjadi-umpatan ni. kalau bukan kawan-kawan aku pun aku sedih gak.

nasihat untuk si kamu itu *seperti yang di-describe dalam ayat panjang lebar di atas*:

hey kau, aku juga tak perfect. bukan lah aku mahu tunjuk aku baik. tapi kita sebagai saudara se-Islam, da jadi tanggungjawab untuk menasihati sesama kita kan? kau itu wanita, aku juga wanita. kita sama-sama jaga kehormatan kita. pasangan kau itu baik *i presume, kalau tidak, masakan tahan dengan perangai kau!*, aku tak mahu dengar orang cakap buruk tentang pasangan dia *kau lah tu*. hurmm, aku tak mahu cakap lagi, lagi banyak aku cakap lagi merapu, lagi banyak dosa, lagi banyak orang tak suka.kan? kan? tengok, kau da tak suka aku da... huh!


*post ini berakhir dengan aku yang merajuk sebab kau marah aku nasihatkan kau*
**kepada si pengumpat; jangan terasa, kalianlah hero entry kali ini dan kerana kalian jugalah meriahnya sesuatu majlis**

p/s: aku juga pengumpat tegar

Monday, December 29, 2008

kata chenta #001: Terima Kasih Sayang

entry kali ini khas i tujukan buat u... terima kasih kerana kembali menyinari hari-hari i!

sebenarnya memang bukan hari ini kita betul-betul establish our relationship. biarpun kita dah sama-sama meluahkan segala-galanya pada 24 Disember 2008 yang lalu, tapi disebabkan i insist untuk men-declare kewujudan kasih sayang *or should i say, MASIH?* antara kita pada awal muharram ini, so u pon kene ikut. hehe c:

u tahu, sebenarnya waktu u datang rumah i bersama kawan-kawan u hari itu, perasaan i sangat berdebar-debar. tak tahu kenapa. setelah setahun tak bersua muka dengan u, barulah hari itu u menjelma. i rasa bahagia sangat walaupun masih ada marah-marah sayang pada u ketika itu. dan walaupun kita tak bercakap sepatah haram pun, i masih dapat mendengar suara macho u itu yang mampu menghangatkan malam-malam i. *geli plak baca ayat ni. u mesti bangga kan. caitt*. dan saat family u berkunjung hari itu, i lebih yakin yang sesuatu bakal terjadi antara kita, walaupun agak takut untuk i berharap.

waktu kita keluar berdua ke Cineleisure hari itu, bau Hugo Boss yang menusuk kalbu i menjadikan i lebih gilakan u. dah la i memang da gilakan u selama ni. makin menjadi-jadi pulak. nasib baik tak kena strightjacket hari tu. dan sewaktu u men-dedicate kan lagu dear god kepada i itu, jantung i semacam berhenti berdegup. betul ke apa yang i alami ni, atau sekadar satu lagi mimpi siang hari? ternyata semuanya benar.

dan malam itu, bila u berterus-terang mahu menjadikan i permaisuri hidup u *u ni cliche la b*, rasanya seperti dunia ini berhenti berputar dan yang ada cuma i dan u. dan ayat-ayat jiwang yang u lafazkan itu *walaupun sekali lagi ayat-ayat cliche itu keluar di skrin henpon i*, mampu menggoyah pendirian i *untuk tidak memberi muka kepada u lagi*. jahat tau u ni. dan hari ini, kita metrai ikatan ini, semoga tak akan terputus lagi, macam yang u janji dengan i hari tu, ok?

B, peristiwa yang pernah berlaku dulu itu, kita jadikan pengajaran. i pasti, setahun hidup berasingan itu mampu mematangkan kita. i minta maaf atas semua kesilapan yang pernah i lakukan, kata-kata yang pernah i lafazkan *or write as well*, dan moga hubungan kali ini terpelihara dan sentiasa di bawah rahmat-NYA. ameen...

i akan sentiasa sayang kan u, dan akan sentiasa menemani u tak kira susah atau senang. itu janji i. SAYANG U SANGAT-SANGAT B!

loads of luv,
Najwa Mohd Nasir

p/s: amaran: ayat aku ini bakal membuatkan sesetengah pihak mual dan muntah-muntah. harap maklum!