*bunyi keruhan Patie lagi*
Tyrant menang Bowl. itu pun coin toss
kire nasib baik jugak lah. haha
camera aku pulak habis battery
sungguh celaka. aku pulak lupa nak charge sebelum tido semalam
DEM!
lepas habis game, dalam pukul 4
kami semua bertolak ke Midvalley, lunch la konon...
boley lah tahan...
lepas lunch, borak-borak lebih kurang, lepas tu singgah Brewball.
masa kat sana, aku konon-kononnya macam tak ada mood sangat lah
memang pon, aku tak reti na berlakon-lakon nih
kawan aku perasan kot, tarik kerusi, duduk sebelah aku
**sedang kawan-kawan aku yang lain bermain snook. gumbira sangat lah tuh**
Izzul pesan pada aku, dia kata sabar aje
dalam hidup banyak dugaan, kalau tak ada, tak best lah hidup
dia pesan pada aku lagi
kalau bercinta lain kali, jangan bagi 100% hati pada dia
lagi dia kata, aku mesti enjoy every moment of my life
kalau tidak aku rugi besar!
Izzul: laki-laki ni pon susah na difahami. kadang-kadang dia tak tunjuk apa dia rasa
Izzul lagi: bagi aku, perempuan itu PRECIOUS, dan lelaki yang melepaskan perempuan yang betul-betul cintakan dia adalah sangat rugi.
lagi lagi Izzul: lelaki membawa bersamanya sebuah bahtera, dan didalam nya ada isteri dan anak-anak. kalau lelaki itu pandai mengemudi, cantiklah perjalanannya.
dan lagi Izzul: kalau kau nak tau lelaki yang betul-betul baik, jangan nilai pada cara dia melayan kau, tapi teliti caranya melayan ibunya.
kata-kata Izzul pada aku, sungguh menyentuh hati, sampaikan di mata aku
bagaikan ada air yang bertakung
WOOSSSHHH
sekali airmata tu mengalir jugak
ingatkan hujan airmata ke apa
puas aku tahan-tahan sebab malu depan orang ramai
tapi, tak tertahan babe!
Izzul: kau tahu kenapa yang kau masih meratap ni? sebab kau belum memaafkan. kau belum maafkan dia, kau belum maafkan diri sendiri. you should just let it go.
bila dia tekankan ayat itu berkali-kali
baru aku sedar, kenapa selama setahun ini aku tak pernah jemu rindu pada ex aku
dan kenapa aku perlu rasa cemburu sedangkan antara aku dan ex aku memang sudah tak ada kaitan lansung
rupa-rupanya, malam tadi aku dapat jawapannya
despite of all the noise in there.
hari ini, aku maafkan diri aku
sebab aku buat silap, memilih tanpa berfikir
mencintai tanpa membuka mata
merindui tanpa periksa
hari ini aku luput kan dia dari ingatan aku
dari hati aku, dan dari roh aku
semua yang dulu itu aku buang jauh-jauh
kini aku sedia mula hidup baru, aku sudah buat keputusan juga
kalau dia mahukan ikatan persahabatan
mengapa tidak kan?
I've Forgive, And I've Forget~
**update ini pada 15 Dec, selepas aku keluar jumpa EX aku di Midvalley. kami sudah jadi kawan. dan aku sangat tenteram, selepas setahun aku macam orang gila. terima kasih Izzul, sebab beri aku nafas baru**
3 comments:
that's a good advice from a friend of mine too
makes me to think about something too..something important that I've missed or misinterpreted for a very long time
well that's good for you too jawer to finally make up your mind on this
hope it's my turn too now
ha..bagosla..aku maseh lagi dlm dilema.wahwaha.syabas untuk ko :D
ahmad: *i presume u r murshidi* i hope everything is going on olrite over there... thnx neway~
wan: persimpangan dilema ke kao?? haha. time kasih~
Post a Comment