Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Saturday, February 21, 2009

Sedih Lagi dan Lagi

Al Fatihah...

Pagi tadi bila ayah buka pintu rumah, terkejut ayah. Tengok Cing tidur depan gate. Tak pernah-pernah dia buat macam tu. Ayah mulanya na balutkan ekor Cing yang luka, sebab bergaduh minggu lepas. Tapi bila ayah pergi dekat, muka Cing berdarah. Rupanya, Cing da tak ada. Ayah berkejar masuk rumah

"Makcik da mati. Kena langgar", terkejut lagi aku dengan mama. Mama baru keluar bilik air

Mama menangis terus naik atas pakai baju. Aku mulanya tak mahu keluar. Aku tak mahu tengok. Tapi aku keluar juga. Cing terbaring te
pi jalan, dekat depan gate. Banyak darah atas jalan. Tapi badan dia tak ada darah. Mungkin concussion yang buatkan darah keluar dari rongga. Tapi yang pasti, Cing da tak ada...

Lepas ini, kalau pulang, tak ada lagi dia akan sambut kami. Golek-golek minta ayah usap. Bakul tempat tidur dia pun boleh disimpan lepas ini. Dish dekat luar boleh bagi Mikki pakai. Tak ada lagi aku sukat-sukat Iams untuk bagi dia makan, tak boleh letak banyak, nanti kucing lain yang datang makan. Rindu, rindu...

Love you forever and ever. Thanks for being a very loyal companion!

p/s: menangis lagi aku...

Siri Tag #002: Sabtu Sedih

as tagged by Pikok

Remove 1 question from below and and add in personal question, make it a total of 20..
*aku remove question 20 dan gantikan dengan question aku sendiri*


1. if u could spend RM1 in 5 minute,what would u spend on?
- kalau setakat sehengget, 1 saat pon boleh aku habis kan!

2. what is most favourite thing to do?
- study. kata na dapat dean list kan?

3. what kinds of news u read?
- newspaper! ahaha c:

4. what r u doing rite now?
- menangis... kucing I kena langgar pagi tadi~

5. is there someone in ur heart rite now?
- dia... kerna dia! wuuu~

6. do u believe u can survive without money?
- na makan hape? pasir pun mahal sekarang ni tau!

7. do u know ur BMI??
- tolong lah tanya soalan yang tidak menyentuh sensetiviti sesetengah pihak!

8. what do u feel doing rite now?
- Sedih dan marah!

9. if there's someone who u love, do u confess him/her?
- sudah tentu. Tiap-tiap hari I confess~

10. list out 3 good points of the person who tagged u?
- uhh. this is a hard one. ahah. well, friendly, pandai menulis... ermm

11. what is the thing that make u thing she is kind?
- kind ke dia nih? ahaha c:

12. what is the thing that make u think she is bad?
- adoiii... soalan pemecah kepala. NEXT!

13. are u left-handed or right-handed?
- right.

14. if u had to eat something for rest of ur life, what would it be?
- angin... aku na ber-holiday setiap saat c:

15. if u had to choice to be rich or happy, which would u choose?
- happy. sebab rasional nya, harta kekayaan tak menjamin kebahagiaan. dan bila tak bahagia, hidup tak bermakna, walaupun harta berkepuk-kepuk! Da banyak aku tengok macam ini.

16. if u have a chance, which part of ur character u would like to change?
- tak ada. aku senang dengan diri aku... kau tak suka? Hell with you then

17. who is the people u can share ur problem wit?
- parents, Mikki, n Hubby

18. makan or tdo??
- makan. tengok badan lah beb~

19. what is the one thing u love about urself..
- penyayang. aku sayang semua benda hidup, kecuali LIPAS!

20. If yo have the chance to turn back time, what changes would you make?
- aku mahu jadi founder of Microsoft sebelum Bill Gates. baru aku boleh jadi kaya~

kalau aku tak mahu tag siapa-siapa boleh kan?

Friday, February 20, 2009

Siri Tag #001: Aku Baru Na Keep Track Jumlah Tag

as tagged by Zyra Jamili & Atreyu Strange

ARAHAN: Jawab Tag 1 dan kemudian Tag 2.

Tag 1

7 ciri lelaki idaman saya
  1. Mestilah seorang lelaki
  2. Tidak gay
  3. Pemain rugby tegar
  4. Nampak ganas, tapi hati lembut gila
  5. Perlu mengontrol aku, tapi tidak berlebihan. I like to be manhandle!
  6. Tidak terlalu kurus, kerana aku akan nampak sangat ENORMOUS berbanding dia
  7. Akan sentiasa menyayangi aku tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

7 lelaki yang pernah saya minati
  1. classmate darjah 1, Sufian. Tapi sebab dia lompat time darjah 4, aku da lost contact dah!
  2. Hazwan, senior form 2 masa aku form 1 (Wan, jangan perasan!)
  3. Syukri, senior aku masa kat Serting jugak. Dia pun main rugby!
  4. Hazanul Faez Hamza... librarian kat Serting
  5. Pinkie. Aku perasan aku ada huge crush kat dia sejak minggu aktiviti
  6. Muffin! tak boleh blah~
  7. Ali, homeroom-mate aku. Minat dia sebab dia terer main gitar!

7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang diminati
  1. Biasa je. I kan cool! ahaha c:
  2. Mula rasa aku tak pernah ada sensible things to wear in my closet. DEM!
  3. Tak senang duduk. Akan berlari sambil skipping sekeliling tempat aku menunggu
  4. Rasa kejap na aku keluar dengan dia. Kalau boleh na seminggu keluar tu!
  5. Senyuman sentiasa terukir di bibir mungil ku. Waaaah!
  6. Na dia pegang tangan aku setiap masa. Hormones beb, hormones!
  7. Bila na berpisah tu, rasa macam na putar balik masa before berjumpa. Excitement menunggu lebih indah!

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama orang yang tersayang
  1. Mekah. Once da jadi huband and wife, aku na pergi sini dulu. Bersyukur tuhan da kurniakan aku pasangan yang terbaik! InsyaAllah~
  2. Venice. Honeymoon~
  3. Pelamin. Na naik...
  4. Ladang mustard. Aku na test macam mana rasa bergolek atas bunga macam filem Hindustan tu!
  5. Disneyland. Soon la, sekarang ni tak ada peluang beb... release the kids in us!
  6. Midvalley, dekat Kidz-whatever atas tuh. Mengimbau kali pertama aku jumpa dengan dia
  7. Bilik pengantin during first night. Ouchhh!

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin dihadiahkan buat orang tersayang
  1. Diri aku pun da cukup apa. What more could he ask for? ahaha c:
  2. Chenta I yang suci murni~
  3. Armor Fit... na ke tak na? Kalau tak na, I simpan duit tu buat beli lens untuk I!
  4. BMW X7... sekali dorang da cancel pulak! Hummer ok tak B? Cadillac Escalade or GMC Envoy ke?
  5. Hantaran, lebih dua dulang dari yang dia bagi kat aku
  6. Apa-apa yang dia nak lah... pening da aku pikir nih!
  7. Aaa... Lagi satu. 15 orang anak. Sesuai untuk form satu team rugby

7 Lagu yang akan anda nyanyikan untuk orang tersayang
  1. Lagu MRSM. Kita boleh nyanyi sama-sama kan?
  2. Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya) - time kita kahwin mesti ada lagu ni. Kalau tak I merajuk!
  3. When You Say Nothing At All (Boyzone) - pehh. Jiwang beb aku!
  4. I Do (98Degrees) - all time faveret nih.
  5. Seloka Aidilfitri (ntah siapa ntah) - lagu berbalas pantun yang sangat sesuai di pagi raya!
  6. I Kissed A Girl (Katy Perry) - I never kissed a girl, but I still want to sing this number for him!
  7. Baby, One More Time (Britney Spears) - HIT ME BABY ONE MORE TIME. uhhh!

7 thing about the person that TAG u..
  1. Zyra Jamili ni schoolmate aku kat Serting dulu
  2. Atreyu ni pulak awek Am
  3. Zyra Jamili ni study dekat UTM
  4. Atreyu ni nama dia Jen
  5. Zyra Jamili ni duduk dekat dengan rumah aku, aku pernah pergi rumah dia, walaupun tak masuk. I malu!
  6. Atreyu ni pergi Penang haritu, tapi tak ajak aku. DEM!
  7. Walau apapun, mereka berdua ni tetap ROX! *aku bodek kao je Atreyu*


Tag 2

1. Godek PC anda dan ambil foto diri anda yang paling latest dan yang paling CUTE.
2. Jangan ubah, edit aper2.
3. Post foto itu.
4. Letak arahan ini bersama foto.
5. Tag 7 orang.

satu je? banyak tak boleh? Anyway, gile CUTE aku nih.

- Ain
- Farah Syahidah Shamsuddin
- Hasnun Adha
- Wan
- Sheena Shareena
- Shidi &/OR Marai
- Afiq Ammar

Monday, February 16, 2009

Kelantan: A Journey To and Fro

Just got back here last night. It was a tedious journey, but heck, who cares when you can meet the love of your life aitte? OK, back to the main topic. We went there over the weekend, the perfect getaway!!! wee~

Setelah kurang lebih 12 tahun aku tak sampai, tiba-tiba ayah made his decision. Perancangan awalnya na pergi during the Chinese New Year, since kami satu keluarga tak menyambut perayaan itu. Tapi, disebabkan ada segelintir daripada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini akan pulang 'Makan Besar' ke semua daerah tak kira di mana ceruk, kami pun mem-postponed kan trip hari itu. Nasib baik lah ayah na pergi jugak weekend lepas. Sangat gumbira!

Let me fill you in about the journey. Seperti biasa, ayah drove all the way, back and forth. Kami lalu Gua Musang *dekat sikit beb. itupun it took us 5 hours and a half macam tu*. View was ok. Banyak hutan, single lane and winding road. Upon arrival at Machang, we were greeted by an accident, unfortunately, we missed it by 2-3 minutes *kalau tak mungkin sempat eye-witnessed kejadian tersebut*. I managed to snap a picture, but not so clear due to so many inconveniences *tingkap kereta tak bukak, tak dapat turun, accident to on my right side etc etc*. I think the motorcyclist died on the scene sebab tak diangkat ke tepi. Miraculously, tak banyak darah!

Tiba di Kota Bharu dalam jam 1330, lepas check-in dekat Dynasty Inn, solat, baring-baring, dalam jam 1500, our so called tourist guide pun tiba lah. Pusing-pusing, have lunch *makan colek dekat PCB*, tengok SIC dan MRSM PC *tourist guide eksyen*, pusing lagi sampai malam.

Esoknya lepas tourist guide sampai, dia bawak kami ke Pasar Siti Khadijah pulak. On the way to Rantau Panjang, since mama na shopping kat sana, singgah pulak rumah si tourist guide ni *nasi kerabu dan lompat tikam yang Umi buat mampu membuatkan saya 'siang tercari-cari, malam termimpi-mimpi*. Abang Man pun ajak ke rumah, jadi malam itu kami semua dinner sate sedap...

I was suprised actually to see that KB was not like what people always described. Ye lah. Ramai kata, nothing there. Tak ada night life and all those bullshits. Tapi, it was very nice there. Kalau na suruh aku stay sana pun boleh lah. Not because he's there, but honestly, memang ok.

In short, sebuah trip yang sangat menarik! na pergi lagi~

untuk Mr Tourist Guide saya: on Feb 14th, bila I tanya, sama ada you ingat tak hari tu hari apa, thank god you masih ingat. Even kita ada 'take a break' untuk setahun haritu, but I still consider we are 2 years in a relationship on that date. Boleh ke macam tu?

p/s: saya
sayang Mr. Tourist Guide saya~

Wednesday, February 11, 2009

kata chenta #003: Happy 21st Besday Kamu!

Suda tua... suda tua!!
ehehe c:
baru semalam I tulis entry untuk you kan?
hari ni tulis lagi
ahh tak kisahlah
ni blog I, suka hati I la kan??


I know that this past few months have been rough,
But I hope that our love is enough,
To carry you through hard time ahead,
And to help you sleep peacefully when you go to bed.

I'm always here to help with every part of your life,
After all that's what I signed up for when i became your wife.

I love every part of the life we share,

Even if sometimes it seems like I don't care.


There is one last thing i would like to say:
"
I love you so much, and HAPPY BIRTHDAY!"


this was then...

this was recently... we look so different right?
*but it seems like u got long hair... sorry dear, wrong angle c:*
*and me, bloated!! benci lahh gamba ni. memang angle salah*

Sunday, February 8, 2009

kata chenta #002: Hubby jangan risau ye!

"Nyiur gading puncak mahligai,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan.
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan."


Hubby,

sudah sebulan sejak kita metrai janji malam itu *walaupun sebenarnya kurang lebih 2 tahun kita kenal, plus that one year full of tears from my side*. hari-hari I lepas itu indah sangat-sangat. bangun pagi saja, tentunya you adalah orang pertama yang I ingat. walaupun kita memang sangat jarang bertemu, tapi tak pernah lekang ingatan pada you kat hati I ni.

bila I ingatkan kembali, peristiwa satu tahun itu, I rasa sangat kecewa. sedih. rugi. kenapa kita perlu buang satu tahun itu hanya kerana perkara yang amat-amat kecil. aduhh. kalau bisa I ulang hari-hari itu... tapi dalam masa yang sama, i bersyukur atas segala ketentuan-Nya. mungkin juga kalau kita tidak mengalami 'tahun' itu, I tidak mungkin punya kawan-kawan yang baik *let me name a few; Anna, Dill, Ikhe, Farouk etc etc*. dan mungkin juga kita tak akan menghargai hubungan ini seperti sekarang.

semalam I baca kembali entry blog yang I tulis untuk you dulu. dan untuk kesekian kalinya airmata I menitis. syahdu lah pulak. tak sangka I boleh tulis macam tu masa sedang bersedih. tapi itu dulu kan? sekarang ini I tahu you akan sentiasa ada di sisi I, and I hope it will last forever.

hubby,

ini kisah kita. cuma kita yang tahu apa sebenarnya yang kita sama-sama rasa. jadi, you jangan risau. I would not be so pathetic, listening to what others are saying about our relationship. mereka tak berhak menghakimi kita *bukan bermaksud mengganggu sesiapa yang bernama Hakimi*. sayang I pada you tak mungkin berubah B. I promise!

dan semalam sangat indah berbalas pantun dengan you! bila na buat puisi untuk I pulak?

dan sayang, I sayang sangat-sangat kat you tau. and I know you love me too. terima kasih untuk segalanya...

*seronok dapat jumpa your friends pulak, because all these while you have been seeing mine only*

Monday, February 2, 2009

UNDER CONSTRUCTION

this page is UNDER CONSTRUCTION
harap dapat bersabar
segala kesulitan amatlah dikesali

Sunday, February 1, 2009

tak nak bagi sudah!

aku baru lepas bergaduh dengan Mikki. dia yang cuba cari pasal dengan aku. sudahlah satu hari aku tak jumpa dia. rindu aku yang membara ni baru aku na lepaskan. sekali, dia tak mahu pulak. mau nya aku tak naik angin. dia sedang elok-elok melingkar dekat ruang tamu rumah aku, bila aku melangkah na peluk dia saja, terus dia lari, masuk bawah kerusi. aku pun dengan sakit hati, sambil menaiki anak tangga aku berkata;

"sudah la Mikki, tak na takpe. jangan masuk bilik tatak lagi. huh!"
*tatak = kakak*

dia pulak boleh buat bodoh. pandang aku macam aku ni invisible man *boleh tak aku nyanyi lagu Invisible Man tuh?*

kalau Mikki tak mahu aku peluk dia, biar aku peluk orang lain saja. Busyukk? Anyone?

//diam kejap. penat berceloteh marahkan Mikki//



hari ini hari lahir opah. Selamat Hari Lahir Opah! teringat masa opah tolong jaga aku kecil-kecil dulu. apa saja orang tak kata. maklumlah, aku ini manja dengan atuk dan opah. lagi-lagi bila atuk ambil dari kindergarten, mesti berdukung. mulut kiri kanan mengata atuk. mereka kata atuk spoil kan aku. masa itu umur aku 5 tahun. ada yang ambil langkah lebih drastik, jumpa atuk personally. uhh, kalau la aku sudah mengerti masa itu, mahu saja aku laungkan yang mereka itu semua silap *aku akan bebel lanjut di lain post. tolong ingatkan aku*. those were the fak-iest days! tapi apa yang penting adalah hari ini, because;

'today is a gift, that's why it is called the present'

Anyways, wishing Opah all the finest wishes! Selamat Hari Lahir OPAH!
*harap Opah tak marah aku sebab aku wish dia ni. ahaha c:*

//this was then//

//this is... erm about 1730 just now. note the Crocs. owh, they are mine!//