Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Showing posts with label leisure. Show all posts
Showing posts with label leisure. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

CHICKEN-oh-CHICKEN

Ok, bukan aku tak sayang binatang. I'm an animal lover alright! Aku ada 2 kucing kot kat rumah -previously ada lagi satu tapi dah meninggal. Sob sob!

Well, aku sokong segala usaha PeTA dan apapun NGO/Non-profit Organizations yang menentang keras cruelty to animal. Tak ada masalah. Memang most of it makes sense lah. Animals were hunted for their skin, fur, ivory. Apa ni? Cosmetics will be tested on animal first... Those are just plain cruel lah. Tapi ini ada satu cerita tentang McCruelty, organisasi anti kezaliman terhadap ayam ayam untuk dibekalkan kepada McDonald. Some of it boleh diterima pakai, but some are not.

Kalau di tengok dari main goal of this campaign is to change from the currently used method of killing the birds to a less cruel one. Apa yang cruel dikatakan ialah menyembelih ayam ayam ni dengan menggantung terbalik dekat mobilized shackles. Lepas tu, ayam ayam ni akan direndam dalam tong air panas untuk dibuang bulu. Kadang kadang, sebelum ayam tu mati dah direndam. Kiranya ayam ayam tu ada yang mati direndam. Ada jugak masa na dipasang shackles tu, ayam ayam ni meronta ronta tapi masih dipaksa, sampai patah patah kaki ayam tu.

Method ini dikatakan sangat zalim oleh pengasas Mccruelty. As an alternative, mereka cadangkan membunuh ayam ayam ni dengan cara Controlled-Atmosphere Killing. Cara ni melibatkan penyingkiran oksigen dalam udara supaya ayam ayam tu tak boleh bernafas. Katanya, cara ni painless dan telah digunapakai secara berleluasa di UK dan European Union.

Bagi aku, semua yang diperjuangkan oleh McCruelty ni tak salah. Cuma yang salahnya, part slaughtering tu. Tak ada salahnya slaughter animals untuk dimakan. Islam pun dah menggariskan yang menyembelih binatang dengan memutuskan urat halkum dan urat mari'. Semua alat yang digunakan juga mestilah tajam, kecuali kuku, gigi dan tulang untuk menghalalkan daging dimakan oleh orang Islam (kalau na cakap pasal hukum, memang tak akan habis). Cara ini adalah cara paling baik dan paling cepat mematikan haiwan tanpa menyeksanya, bukan dengan cara menyingkirkan oksigen dalam atmosfera. Bukankan asphyxiate tu lebih menyeksakan. Jadi dimana rasa hormat kita pada haiwan haiwan tu kalau kita lebih menyeksa dari memudahkan?


Sunday, November 22, 2009

Okey, okey... Aku tulis lah ni!

Aihhh... na tulis blog pun kena paksa. Aku macam dah malas na menulis lagi. Penat tau tak? Ini pun hasil 'anjingan' dari Jen dan Ammar. Terima kasih bagi aku booster!


sighing and wiping a few drops of sweat, as a result from thinking what is the most appropriate words to write as an intro


Malas nya aku. Tapi aku lebih malas na buka Facebook, sebab tak ada apa-apa. uhh... Dah la bila aku click The Sim 3 tu macam tak bergerak saja. Oh!


Exam dah habis. Baru habis hari Khamis tu. Aku harap paper DataStructure tu lepas la. Tak mahu repeat. Lagipun biar aku jadi LEGEND! Kalaula... Kalaula...


Kini sedang duduk berehat-rehat, sambil membelek-belek catalog Avon, lepas habis tu, tengok catalog Ikea pulak. Macam banyak duit je aku na beli. Caittt.. Get a job first la dey! Ini na kerja la ni. Kerja dari rumah. Aku tolong-tolong ajar kan anak orang. Mahu? Sila berhubung. Ini serious. Aku serious tau. Lihat bagaimana aku bold kan font tu. Harga boleh runding.


Sudah-sudah. Bagi aku fikir lagi apa mahu tulis. Dem u Jen & Ammar. Penat tau menaip. Daa~

Saturday, August 15, 2009

Kurus Ke?

ahah! Next week cuti. Jadi bolehlah aku duduk-duduk memikirkan idea apa na tulis kat blog aku ni, tanpa risaukan segala homework yang perlu disiapkan. Humhh. Nasib baik UM masih baik sebab bagi cuti midsem seminggu. Kesian kat CD sebab cuti midsem sekali dengan cuti raya. haha. Maaf CD, tak ada niat na sakitkan hati kau, cuma aku rasa lawak je.
.
Jumaat minggu lepas aku ada timbang tau. Bila aku naik je scale tu, terus terkejut aku. Kenapa berat sangat ni???? Mula la aku risau. Bukan sebab apa, tapi berat badan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit yang berbahaya, kata doktor lah. Tapi serius, memang aku risau. Jadi aku mengambil langkah berjaga-jaga...
.
Sejak dari tu, aku cuma makan roti. Kalau tak wholemeal bread, aku makan roti breakthru. Tak letak spread beb. Then aku beli smoked chicken ham dan frankfurter brand 5 Star tu, steam je, setiap hari. Potong-potong tomato, coral salad, susun-susun atas roti, then makan. Yum yum! Pastu aku beli salmon cut. RM34.50 per kg. Tak kisah la. Potong cili padi banyak-banyak, tabur atas ikan tu, then steam. Peh, mengancam! Kadang-kadang snack aku apple, sebab lapar jugak sometimes.
.
Aku exercise jugak. Ikut 3 CD Bellydance yang aku beli lepas aku SPM dulu. Masa tu diet jugak. Turun 13kg. Skang ni naik balik 13kg tu, sebab tu aku semangat na turunkan balik. Ini diet aku la. No frying, low oil & fat, low carb, low sodium, low everything. Masuk seminggu ni, aku da turun 2.8kg. Kalau kita congak, dalam satu bulan, approx aku boleh turun 11.2kg. Dan aku mintak tempoh selama 3 bulan dekat Hubby, kira ambil cabaran dia suruh aku kurus. So lepas 3 bulan, agak-agak aku turun 33.6kg. Memang ranting sangat-sangat la aku kalau macam tu. Ideal weight suda la kan?
.
CD, ingat deal kita bulan 12 ni. Timbang berat dekat scale shopping complex yang bising tu ok! *nanti bila tiba turn kau dia jerit "ANDA GEMUK"* Jadi Hubby, I rasa janji-janji manismu untuk belikan I 1 baju per 10kg loss tu terpaksalah you tunaikan. So, get your money ready aaa... Another Zara coming! wuhhuuuu~
.
p/s: terpaksa kurus, sebab possibility B kurus tu, sangat tinggi. Nanti dia cari lain!

Sunday, June 21, 2009

Hari Ini Hari Bapa





Happy fathers day, Ayah!!

lots of love,
your precious angel!

Thursday, June 4, 2009

Entry With No Appropriate Title

just 3 words:
WATCH SHALLOW HAL
p/s: Suffi kelihatan sedikit bulat dalam Suara Siswa selasa lepas!

Wednesday, April 22, 2009

Book Club #001: Angels & Demons

Despite having final exam this week and the following, i still have time to go to the Pesta Buku held at PWTC. One hell of a day!
.
Tak mahu cerita panjang pasal pesta buku, cuma aku masih tak habis pusing-pusing keliling 4 dewan tapak pesta tu. na pergi lagi nanti.
.
Tapi sekarang ni, apa yang penting (KERJASAMA) yang aku na kongsi kat sini ialah, review buku yang baru aku beli, Angels & Demons karya Dan Brown!
.
Worl-renowned Harvard symbologist Robert Langdon is summoned to a Swiss research facility to analyze a cryptic symbol seared into the chest of a murdered physicist. What he discovers is unimaginable: a deadly vendetta against the Catholic Church by a centuries old underground organization - the Illuminati. Desperate to save the Vatican from a powerful time bomb, Langdon joins forces in Rome with the beautiful and mysterious scientist Vittoria Vetra. Together they embark on a frantic hunt through sealed crypts, dangerous catacombs, deserted cathedrals, and the most secretive vault on earth... the long-forgotten Illuminati lair.
.
If you ever read or watch The Da Vinci Code, you should be very familiar of this Langdon guy. Aku suka cerita-cerita macam ini, even some say it distort the history timeline. Still, by only reading the first 31 pages of it, I can say it is utterly exciting.
.
.
p/s: Searching for The Southern Vampire Series aka Sookie Stackhouse book #01-08. Book #09 will be released May 2009! Once i got my hands on them, i'll do the review. I love the TV Series TrueBlood which is based on these books!

Wednesday, April 15, 2009

Video As Promised!



It is advisable for you guys to shut your gaping mouth because I'm damn good!

anda boleh cari saya di mana.

hint: I'm infront!

*tolong 'mute' kan music player di bawah untuk kesan efek terbaik*

Thursday, April 9, 2009

Cocurriculum Fiesta Teaser


full story? later eh...

-credits to Hazmi Mansor

Thursday, April 2, 2009

Feseni UM dan Assignment!

tak ada kaitan pon antara feseni da assignment aku yang menggunung ni. Cuma saja aku na highlight kan tentang kesibukan aku bila na habis-habis sem ni. Banyak sangat assignment yang lecturer bagi. Ada subjek sampai 2 assignment dia bagi. Tak tidur aku! Presentation lagi. Jadi kalau aku tak datang meeting tuh, paham-paham lah. Sekarang ni, jumlah assignment dan presentation aku meningkat kepada 7. Minggu lecture tinggal seminggu je lagi. Itu pun masih na bagi banyak-banyak tugasan. Melampau betul UM sekarang ni...

Walaubagaimana sibuk pon aku, aku masih berkesempatan pergi tengok Pop Band @ Feseni 2009. Thanks to Ikhe sebab belanja tiket dan hantar aku pulang sebab ayah tak bagi aku drive sorang-sorang bile malam semakin larut. *pehh... ayat!*

Tengah enak melayan performance kolej 5 *kot*, tiba-tiba ada announcement suruh evacuate DTC. Katanya sebab ada ancaman keselamatan. Dengar-dengar ada bomb threat. Tak tahulah betul atau tak. Anyway, aku malas na membebel, sebab Jimi tengah tunggu aku untuk buat assignment SAD yang kena hantar esok! Ada piccas, jadi, sila enjoy!


bro ni suara best! tahniah KK9


love his hair. or WIG??





Ijat... subjek terbaik aku malam tuh. gambar dia banyak yang menjadi.
sangat photogenic. thanks!

Chot - lead. partner aku time tarian rakyat. we will rock the stage on the 9th nanti

Monday, March 23, 2009

KESiBUKAN ASSiGNMENT MELAMPAU

SANGAT SANGAT SIBUK
nak kentut pon tak ada masa
nanti nanti saja aku update hokeh?
by the way, I NEED TO BREAKAWAY~

Tuesday, March 3, 2009

Older but Wiser!

Allah Selamat kan Kamu
Allah Selamat kan Kamu!

21 suda. boleh dapat kunci
tapi fragrance Sean John: Unforgivable Women pon sangat ok suda!

Terima kasih kepada semua yang ingat dan beri ucapan!
Luv u guys~

p/s: terutama pada Mikki yang bagi card "For My Sis" dengan cop paw dia atas sampul!

Monday, February 16, 2009

Kelantan: A Journey To and Fro

Just got back here last night. It was a tedious journey, but heck, who cares when you can meet the love of your life aitte? OK, back to the main topic. We went there over the weekend, the perfect getaway!!! wee~

Setelah kurang lebih 12 tahun aku tak sampai, tiba-tiba ayah made his decision. Perancangan awalnya na pergi during the Chinese New Year, since kami satu keluarga tak menyambut perayaan itu. Tapi, disebabkan ada segelintir daripada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini akan pulang 'Makan Besar' ke semua daerah tak kira di mana ceruk, kami pun mem-postponed kan trip hari itu. Nasib baik lah ayah na pergi jugak weekend lepas. Sangat gumbira!

Let me fill you in about the journey. Seperti biasa, ayah drove all the way, back and forth. Kami lalu Gua Musang *dekat sikit beb. itupun it took us 5 hours and a half macam tu*. View was ok. Banyak hutan, single lane and winding road. Upon arrival at Machang, we were greeted by an accident, unfortunately, we missed it by 2-3 minutes *kalau tak mungkin sempat eye-witnessed kejadian tersebut*. I managed to snap a picture, but not so clear due to so many inconveniences *tingkap kereta tak bukak, tak dapat turun, accident to on my right side etc etc*. I think the motorcyclist died on the scene sebab tak diangkat ke tepi. Miraculously, tak banyak darah!

Tiba di Kota Bharu dalam jam 1330, lepas check-in dekat Dynasty Inn, solat, baring-baring, dalam jam 1500, our so called tourist guide pun tiba lah. Pusing-pusing, have lunch *makan colek dekat PCB*, tengok SIC dan MRSM PC *tourist guide eksyen*, pusing lagi sampai malam.

Esoknya lepas tourist guide sampai, dia bawak kami ke Pasar Siti Khadijah pulak. On the way to Rantau Panjang, since mama na shopping kat sana, singgah pulak rumah si tourist guide ni *nasi kerabu dan lompat tikam yang Umi buat mampu membuatkan saya 'siang tercari-cari, malam termimpi-mimpi*. Abang Man pun ajak ke rumah, jadi malam itu kami semua dinner sate sedap...

I was suprised actually to see that KB was not like what people always described. Ye lah. Ramai kata, nothing there. Tak ada night life and all those bullshits. Tapi, it was very nice there. Kalau na suruh aku stay sana pun boleh lah. Not because he's there, but honestly, memang ok.

In short, sebuah trip yang sangat menarik! na pergi lagi~

untuk Mr Tourist Guide saya: on Feb 14th, bila I tanya, sama ada you ingat tak hari tu hari apa, thank god you masih ingat. Even kita ada 'take a break' untuk setahun haritu, but I still consider we are 2 years in a relationship on that date. Boleh ke macam tu?

p/s: saya
sayang Mr. Tourist Guide saya~

Sunday, February 1, 2009

tak nak bagi sudah!

aku baru lepas bergaduh dengan Mikki. dia yang cuba cari pasal dengan aku. sudahlah satu hari aku tak jumpa dia. rindu aku yang membara ni baru aku na lepaskan. sekali, dia tak mahu pulak. mau nya aku tak naik angin. dia sedang elok-elok melingkar dekat ruang tamu rumah aku, bila aku melangkah na peluk dia saja, terus dia lari, masuk bawah kerusi. aku pun dengan sakit hati, sambil menaiki anak tangga aku berkata;

"sudah la Mikki, tak na takpe. jangan masuk bilik tatak lagi. huh!"
*tatak = kakak*

dia pulak boleh buat bodoh. pandang aku macam aku ni invisible man *boleh tak aku nyanyi lagu Invisible Man tuh?*

kalau Mikki tak mahu aku peluk dia, biar aku peluk orang lain saja. Busyukk? Anyone?

//diam kejap. penat berceloteh marahkan Mikki//



hari ini hari lahir opah. Selamat Hari Lahir Opah! teringat masa opah tolong jaga aku kecil-kecil dulu. apa saja orang tak kata. maklumlah, aku ini manja dengan atuk dan opah. lagi-lagi bila atuk ambil dari kindergarten, mesti berdukung. mulut kiri kanan mengata atuk. mereka kata atuk spoil kan aku. masa itu umur aku 5 tahun. ada yang ambil langkah lebih drastik, jumpa atuk personally. uhh, kalau la aku sudah mengerti masa itu, mahu saja aku laungkan yang mereka itu semua silap *aku akan bebel lanjut di lain post. tolong ingatkan aku*. those were the fak-iest days! tapi apa yang penting adalah hari ini, because;

'today is a gift, that's why it is called the present'

Anyways, wishing Opah all the finest wishes! Selamat Hari Lahir OPAH!
*harap Opah tak marah aku sebab aku wish dia ni. ahaha c:*

//this was then//

//this is... erm about 1730 just now. note the Crocs. owh, they are mine!//

Friday, January 2, 2009

untitled bullshit!



mampukah aku untuk menari lagi? oh, ini satu penyeksaan~

Wednesday, December 24, 2008

Why Do Men Avoid Commitment?

Commitment: verb, female: a desire to get married and raise a family; verb, male: not trying to chat up other women while out with one's girlfriend or wife.


bagi aku lah kan, lelaki ni, dorang boleh komited pada sports macam its their religion. Tapi, cuba kau suruh dorang komited pada satu relationship, menggelupur bai! A man will often hold back his feelings towards the woman he loves, but can become visibly emotional when his favorite team is playing - siap ada yang nanges kalau kalah tu.

If you want a committed man - look in a mental hospital!

Pasal tu lah aku penah cakap dulu, lelaki yang takutkan komitmen, belum boleh dikategorikan sebagai lelaki, tapi BUDAK lelaki. baby... dan sekali lagi aku tekankan kat sini, kalau kau rasa kau belum cukup jantan untuk bagi komitmen kat perempuan yang kau suka, better don't tell her you love her. kau akan jatuhkan confidence dia bila kau tinggalkan dia kelak.

The only difference between men and boys is the price of their toys.

**kalau korang pernah rasakan macam mana rasanya bila ditinggalkan, korang akan paham maksud aku. dan kepada siapa-siapa yang na rasa, silakan buat keputusan terburu-buru. sekian c:**

*updated on 24th Dec at 1800 hours; to budak jahat saya, terima kaseh c:*

Saturday, December 20, 2008

aku tak pandai potong BETIK?

*potpet potpet* tadi amma aku bebel

aku tak reti macam mana na potong buah tu
buang kulit dulu ke, potong dulu
last sekali aku potong aje. ikot suka hati aku
tibe-tibe...

"ada pulak potong macam ni, ni macam na bagi makan burung kat zoo"
amma aku masuk dapor dahh. mati la aku~
betik tu dah macam penyek-penyek aku kerjakan. ganas aku ni bai!
appa aku relek je. aku hulur kat dia, dia makan dengan baik punya

"ok, ayah tak kesah. ayah makan je" kata appa
amma aku naik hangin lah

"ok, honestly ek, kalau masa umi ...... datang haritu, na hidang tak macam ni?"
amma emo. saba je lahh.

yang pasti sekarang aku da tau macam mana na potong betik.
BRING IT ON BEBEH!

lagi satu, tadi Ateh aku bagi sesuatu yang, hurm... tak tau na categorize macam mana
tapi dia bagi lah. haha.
Thanx for the off-white songket!
dia bagi sepasang kat aku
for bride and groom... lengkap!
jadi sekarang, baju kahwin da selesai, tinggal tempah aje
tapi sebelom tempah kena tau saiz groom dulu kan?
jadi... ADA SIAPA-SIAPA TAK YANG NA JADI LAKI AKU?

Photobucket

::names are being censored for viewers discretion::

Tagged lagi bai!!

a tag shot by Anna~

1. Snap the picture of both inner and outer of your wallet
2. Introduce your wallet brand, price, and where you bought it.
3. Take out what ever is inside your wallet ( at least 5 pictures)
4. Snap a picture of your wallet with yourself
5. Tag other 5 persons.

Photobucket
ni wallet mowlet aku... brand Indon. ahaha, tak ada brand ah, tapi genuine leather wokeh! aku beli kat Tangkuban Parahu, Bandung mid this year. Kalau genuine leather kat sini mahal kan, sana bisa aja beli saploh!

Photobucket

Photobucket
yeahh. tu dia... tong sampah bergerak~
apa je dalam tu? ID, lesen, kad bank utk aku menyucuk dinding kalau duet da tinggal nyawa-nyawa ikan, Jusco Card yang jarang aku guna sebab kalau soppink mesti dengan mama *malas na keluar duet. ahaha*, resit *sebab aku macam my amma, suke simpan resit as proof of purchase dan na balance balik duet yang aku da spend - sebenarnye aku tak kemas wallet lagi*,
rules and regulation for I-Snap contest, gamba parents and grandparents aku, lagi satu gamba Bob masa form 1 *tak nampak sebab aku malas na menyeluk belakang gamba parents aku tu* dan ticket bus Mara Liner yang ex aku bagi masa dia terlepas bus on 15 Julai 2007 *tengah hangat bercinta kot, tu yang lupa na balik tu c:*

Photobucket
sudah-sudah. da habes da aku jawab tag nih. sile lah kau pulak amek gamba dan buat~

Wednesday, December 17, 2008

Thru My Lens - around KL~

ni pulak gegamba yang aku ambil masa round-round. dari pelbagai tempat. malas aku na describe satu-satu. tengok ajelah~

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

hah. yang ini... lu pikir la sendiri, assalamualaikoommm!

Photobucket

Photobucket

Thru My Lens - Aca Weds Fiey~

*kepak kepak kepak kebung kebung kebung* cmni kot bunyi kompang

pada 13 Dec 2008, kami pergi ke rumah Aca setelah dijemput olehnya melalui Buku Muka.
malas aku na berceloteh... pendekkan, Aca ni sebenarnya member aku masa dekat MRSM Serting dulu. Sekarang dia masih belajar dekat UIA. dia nikah dengan bini dia ni bulan 6 haritu. weekend lepas baru dia buat majlis. elok lah kahwin, dah suka, jangan tunggu dah. dari maksiat banyak, kan? **gamba yang banyak telah diupload di buku muka juga dibawah kumpulan Serting Tyrant**

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

the aftermath of consuming a lot of nasi minyak is...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

p/s: lepas ni siapa pulak yang kahwin. mungkinkah aku? hurmm...