Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Friday, February 19, 2010

Ini post baru... baru tau ni!

Selamat tahun baru!

Belum terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2010, sebab 2011 pun belum masuk lagi, so it makes sense whatsoever, kan? Ye, betul, memang lama betul tak masuk kan entry baru kat blog ni. Tak ada cerita best satu, tak ada idea dua, tak ada masa tiga. Kadang-kadang bila ada idea, tak ada depan PC. Macam-macam lah benda yang menghalang aku ni. Banyak kerja. Proposal siap, tapi tak best supervisor aku cakap. Apa x-factor yang aku na kena masukkan kasi best ni?? Pecah dah otak aku ni memikir...

Urut-urut otak kesayangan sambil mengeluh.

Cerita best satu. Hujung minggu lepas aku dan famili habiskan masa di Kelantan. Dah namanya cuti mid semester, berjalan lah kan. Despite congestion of the traffic sebab semua orang pulang untuk Tahun Baru Cina, kami tetap bersemangat. Kenapa pulak tak bersemangat kan? Kalau dah nama na jumpa chenta hati aku, traffic jam 50 jam pun sanggup diharungi. Inikan pula banyak kereta je. Small the matter. Pergi on 12th balik on 15th. Seronok... Aktiviti macam biasa, makan, makan,dan makan. Tak ketinggalan shopping, shopping dan shopping! Oh, syurga dunia.

Kebetulan anniversary aku pulak jatuh on the 14th. Kebetulan ke? Bukan memang dah rancang sejak dulu ke? Whatever. Tak sangka Hubby romantic. Tak pernah tahu he got a hint of 'romanticness' in him. Terkejut beruk jugak aku bila dia buat surprise BBQ dekat PCB bersempena anniversary kami tu. Member-member dia tolong siapkan venue, siapkan apparatus and everything. Mula-mula macam na jadi je surprise tu. Siap bawa aku keliling KB sebab tak ready lagi. Tapi macam mana pun, surprise tak jadi bila dia suruh aku sendiri yang bawak cake. Ada pulak macam tu. Haih... Tapi best BBQ nya. Thanks to you, hubby, and your beloved friends sebab make my day. You shouldn't have, but since you have, thanks a lot. And I mean A LOT!!!!!

First time ever, aku dapat love letter. I mean, a real love letter. Bukan love note macam budak-budak sekolah bagi tu. By the way, i received my first love note masa Tadika tau. Saja nak eksyen! So in that letter he wrote bla bla bla, quote "Boleh kan I na you jadi bini I?" and "I tak sabar na gi tulis nama emak kat surat beranak anak kita ngan nama Najwa Mohd Nasir" and "...sbb kasih sayang I kat you memang dah tak ternilai lagi. So please percaya I eh sayang!!"... Huuu, terharu gila sampai menitik-nitik. Ye Hubby, I percaya...

Kesat air mata. It gets to me every time I read it.

Bila aku ingat balik saat-saat tu, rasa macam semua masalah hilang. Termasuklah masalah kawan-kawan baik sendiri mengumpat aku. Dem betul.

Cerita best dua. Ini best panas. Rupa-rupanya, ada lah sekumpulan manusia yang agaknya terasa sangat-sangat lah dengan aku ni. It all started bila aku post a note, "ABCs of friendship" dekat facebook. So, it goes like:

Accepts you as you are
Believes in you
Calls you just to say hi
Doesn't give up on you
E
F
.
.
.

sampai lah J:
Just wants to be with you

so aku tulis sikit note dekat tepi: most of them cuma na jumpa bila ada jantan around. DEM!!

Adalah beberapa minah-minah ni terasa. The question is, kenapa terasa? Kenapa perlu terasa? Sebab derang macam tu lah kot kan? Kalau tak buat apa na "sentap" sangat? Belum pernah aku menggunakan perkataan ini, tapi disebabkan ada sentimental value, jadi aku guna. Lepas tu, minah-minah ni mengambil kesempatan yang ada untuk mengumpat. MENGUMPAT FC! Punyalah banyak huruf dari A sampai Z, yang derang na terasa sangat pasal huruf J tu kenapa? Yang statement baik-baik yang lain tu tak na terasa pulak. Semua na fikir negative kan? Tak pe lah. Initially memang aku tak ada la specifically maksudkan kat derang walaupun realiti nya memang macam tu pun derang tu, tapi disebabkan na 'menyentap' sangat, ok, aku maksudkan kat derang lah. Puas hati? Jen, kao tak ada sentap mana-mana part pon kan. Maksudnya kau tak buat apa-apa tak best lah kan?

Ada pulak aku dengar statement, quote "lupakan kitorang sejak baik balik dengan Tyson". Apahal pulak? Yang beribu kali aku ajak hangout tu apa nya? Tiap kali aku ajak jumpa, mesti ada je alasan untuk menolak. Tak ada duit lah, tak boleh lah, bizi lah and what not. Tapi bila ada rugby Ansara je, berlumba-lumba semua na datang awal. Kenapa? Sebab keluar dengan aku ni tak ada jantan, tapi masa rugby, jantan bergelimpangan kan? Amboi... Masa tu ingat aku tak terasa? Kawan dari form 1. Asal aku ajak je, tak na. Tapi ada ke aku kumpul ramai-ramai buat perhimpunan mengumpat? Lagi na suruh aku muhasabah diri. Derang ada muhasabah diri? DEM!

Marah aku ni dari hari tu. Tak pasal-pasal je menaikkan darah aku. Eh, kamon la. Grow up! Terasa benda-benda bodoh. Kalau ikutkan, aku lagi patut 100 kali ganda terasa dari derang.

Sign off!



Sunday, November 22, 2009

Okey, okey... Aku tulis lah ni!

Aihhh... na tulis blog pun kena paksa. Aku macam dah malas na menulis lagi. Penat tau tak? Ini pun hasil 'anjingan' dari Jen dan Ammar. Terima kasih bagi aku booster!


sighing and wiping a few drops of sweat, as a result from thinking what is the most appropriate words to write as an intro


Malas nya aku. Tapi aku lebih malas na buka Facebook, sebab tak ada apa-apa. uhh... Dah la bila aku click The Sim 3 tu macam tak bergerak saja. Oh!


Exam dah habis. Baru habis hari Khamis tu. Aku harap paper DataStructure tu lepas la. Tak mahu repeat. Lagipun biar aku jadi LEGEND! Kalaula... Kalaula...


Kini sedang duduk berehat-rehat, sambil membelek-belek catalog Avon, lepas habis tu, tengok catalog Ikea pulak. Macam banyak duit je aku na beli. Caittt.. Get a job first la dey! Ini na kerja la ni. Kerja dari rumah. Aku tolong-tolong ajar kan anak orang. Mahu? Sila berhubung. Ini serious. Aku serious tau. Lihat bagaimana aku bold kan font tu. Harga boleh runding.


Sudah-sudah. Bagi aku fikir lagi apa mahu tulis. Dem u Jen & Ammar. Penat tau menaip. Daa~

Tuesday, August 18, 2009

Al Fatihah Buat Stella~

Untuk sebarang maklumat lanjut-->
Click here:
Gambar Ammer Awang & Late Stella

Saturday, August 15, 2009

Kurus Ke?

ahah! Next week cuti. Jadi bolehlah aku duduk-duduk memikirkan idea apa na tulis kat blog aku ni, tanpa risaukan segala homework yang perlu disiapkan. Humhh. Nasib baik UM masih baik sebab bagi cuti midsem seminggu. Kesian kat CD sebab cuti midsem sekali dengan cuti raya. haha. Maaf CD, tak ada niat na sakitkan hati kau, cuma aku rasa lawak je.
.
Jumaat minggu lepas aku ada timbang tau. Bila aku naik je scale tu, terus terkejut aku. Kenapa berat sangat ni???? Mula la aku risau. Bukan sebab apa, tapi berat badan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit yang berbahaya, kata doktor lah. Tapi serius, memang aku risau. Jadi aku mengambil langkah berjaga-jaga...
.
Sejak dari tu, aku cuma makan roti. Kalau tak wholemeal bread, aku makan roti breakthru. Tak letak spread beb. Then aku beli smoked chicken ham dan frankfurter brand 5 Star tu, steam je, setiap hari. Potong-potong tomato, coral salad, susun-susun atas roti, then makan. Yum yum! Pastu aku beli salmon cut. RM34.50 per kg. Tak kisah la. Potong cili padi banyak-banyak, tabur atas ikan tu, then steam. Peh, mengancam! Kadang-kadang snack aku apple, sebab lapar jugak sometimes.
.
Aku exercise jugak. Ikut 3 CD Bellydance yang aku beli lepas aku SPM dulu. Masa tu diet jugak. Turun 13kg. Skang ni naik balik 13kg tu, sebab tu aku semangat na turunkan balik. Ini diet aku la. No frying, low oil & fat, low carb, low sodium, low everything. Masuk seminggu ni, aku da turun 2.8kg. Kalau kita congak, dalam satu bulan, approx aku boleh turun 11.2kg. Dan aku mintak tempoh selama 3 bulan dekat Hubby, kira ambil cabaran dia suruh aku kurus. So lepas 3 bulan, agak-agak aku turun 33.6kg. Memang ranting sangat-sangat la aku kalau macam tu. Ideal weight suda la kan?
.
CD, ingat deal kita bulan 12 ni. Timbang berat dekat scale shopping complex yang bising tu ok! *nanti bila tiba turn kau dia jerit "ANDA GEMUK"* Jadi Hubby, I rasa janji-janji manismu untuk belikan I 1 baju per 10kg loss tu terpaksalah you tunaikan. So, get your money ready aaa... Another Zara coming! wuhhuuuu~
.
p/s: terpaksa kurus, sebab possibility B kurus tu, sangat tinggi. Nanti dia cari lain!

Friday, July 31, 2009

Misi Buka Rahsia

Ehem ehem... kembali! Masuk hari ni da 2 minggu Hubby kat ALAM. Tinggal lagi seminggu je. Gila rindu aku. Serious. Mula-mula ingat ok ok je, sekali rindu jugak. Urghh. But I'm very sure he feels the same, sebab semenjak dua menjak ni selalu curi-curi contact aku pakai handphone member dia yang berjaya di smuggle. *oh, alamak! pecah tembelang.*
.
Esok na berangkat ke Melaka, the state famous with their reputation of being the state with the most cases of H1N1. *betul ke ni?* Orang Melaka jangan marah aa. Betulkan aku kalau aku salah. Walaupun da dekat dengan ALAM, tapi still tak boleh na jumpa. Waaaaa... Meraung-raung la aku depan gate ALAM tu.
.
This past few weeks, aku sudah dipenuhi dengan projek-projek 'picisan', seperti pilih tajuk untuk presentation group, group project dan berbagai-bagai aktiviti lagi. Sangat bosan dan sangat penat. Huh, tu lah. Haritu masa cuti sem, na sangat cepat-cepat naik sem baru. Ni kan da pening-pening kerbau dah.
.
Pintu masuk UM juga boleh tahan sesak sejak hari pertama penguatkuasaan pelekat kenderaan dilakukan. Tapi dalam minggu ni, semua beransur pulih. Da tak ada line panjang depan gate KL and PJ. Kalau tak, kau akan ingat ada accident kat depan sana. Nasib baik jugak aku berjaya dapatkan sticker *credits to Ikhe dan ehem ehem nya c:*. Kalau tidak, aku kena parking dekat parking lot depan KKTAZ, dan ambil shuttle bus keliling UM, dimana aktiviti tersebut yang cuba aku elakkan selama 3 tahun berada di UM. *naik bas buat aku mual dan ngeri, sebab masa selekoh aku rasa macam bas tu na terbalik.*
.
Last sekali, aku da tak tahu na tulis apa, sebab memang aku tak ada idea. Haaa, lagi satu. Siapa penyelia wanita KKTAZ yang gempal tu? Dia agak menjengkelkan. 1 word, IEEEUUUUWWWW!

Friday, July 10, 2009

A Zillionth Time Comeback Attempt

Aduh. Lama betul aku tak update blog ini. Uhh, I've been extremely busy *tak ada idea sebenarnya, saja aku control cantek*. Reunion Ber-Futsal budak-budak Serting kat Sports Planet malam semalam pon aku tak pergi, tambahan pulak time yang mereka set tak kena dengan schedule aku. Lain kali buat awal-awal, sebab anak dara tak baik keluar sampai lewat malam. For the past 2 weeks aku memang tak ada mood na sign in blogspot and write something. Entah la. Dan sekarang ni pulak, classes aku dah start. 5 hari seminggu, dan jadual hari Rabu agak padat. DEM! Bila aku na habis belajar ni? Tak sabar dah rasanya na bayar balik loan PTPTN aku yang separa banyak, dan tak sabar jugak na sambung bayar Kelisa ni *aku rasa by the time aku habis study, da habis kot parents aku bayarkan*, dan tak sabar na berhutang bila aku angkat Mini Cooper satu!
.
Cerita pasal study, next week Hubby aku berangkat lah ke Melaka for ALAM induction weekS. Note the 'S'! Weeks without contacts, ouhh. Thats the hardest part 'son! After that berangkat pulak ke Batu Rakit. Itu kira ok lagi lah. Outline nya, bila dah second year, he'll be offshore for a whole DEM year. Pehh, itu lagi challenging untuk aku *to keep myself away from temptations. Ahah, tak adalah. Aku sangat setia*. Tapi macam mana pun aku still wish him goodluck! Cepat-cepat balik dan masuk meminang, okeh?
.
Actually ini kira comeback aku ke dunia blogging, sebab aku da lama sangat tak menulis nih. Banyak kali aku tulis draft, tapi delete balik because I was talking jibberish. There's a few kinks here and there but i'll grow out of it! Jadi aku harap kepada sesiapa yang masih belum giveup mengikuti my humble blog ni *terima kasih banyak-banyak*, teruskan sokongan anda. Biasalah, aku bukan Shakespeare yang memanjang ada idea. Lagipun lepas ni mungkin banyak assignment aku kena buat. Ye la, baru first week lecturer da bagi tutorial. Aku belum masuk mood study pon lagi. Lecturers ni macam tak pernah jadi student pulak. Caiitt!
.
Ok lah, at this hour pon aku belum mandi lagi. Ada satu macam punya bau dah ni. Baru bercadang na ke toilet, tapi tiba-tiba terlekat depan laptop. Aku sign off dulu *for now*. Daa~

Siri Tag #005: Award Dari Dill


Thanks a tonne for the award, Dill!
homemade kan?
muchas gracias!