Photobucket

My Hero. MUST SEE!!

Wednesday, October 8, 2008

Nota Untuk Gadis Bodoh

Rasa terpinggir? Usah
Rasa sendiri? Jangan
Rasa keperitan? Hilang

Mengapa kau runtuhkan istana bahagiamu
Hanya kerana si celaka itu?
Mengapa kau lenyapkan sebaris manis bibirmu
Hanya kerana dusta si keparat itu?

Kasih yang kau agung-agungkan pada alam dulu
Hari ini cuma tinggal sisa nista
Cinta kamu yang membara merah dulu
Hari ini cuma cebisan cacian mereka

Cinta apa itu?
Ah, cinta kau yang tak guna. Cinta kau membabi buta
Terus membakar menerangi segenap kelam si dia
Dunia menjerit memandang kamu

"Hey kamu. Sial kamu. Jangan jadi perempuan bodoh"
"Jangan jadi perempuan yang akalnya tiada"
"Jangan kau jadi betina gila"

Tapi kau terus membenam muka
Dalam secangkir jijik lumpur kepalsuan dia

"Hoi kamu. Dengar sini aku bicara"

Sayang yang kau tayang itu suci
Rindu yang kau damba itu asli
Manakan layak tangan najis itu merangkul hatimu
Kasih kau kuat. Cinta kau hebat
Kenapa takutkan malam yang tentunya akan berganti siang?

Di sana, di hujung sana itu mataharimu menanti
Pergi pada dia, hulur hati yang punah dulu
Biar dia sangkutkan pada bintang
Biar dia puja sayap mengangkat mu terbang
Biar dia hanyutkan kamu dalam mata saktinya

Dan mungkin saat itu nanti kau akan tahu

when u noe u're ill-treated, move on. Dun stay, he dun deserve u. Let life lead u to happiness.
dedicated to all women who've been extremely hurt but then cud'nt move on. berpijaklah di bumi nyata!
especially to a dear friend who just called-off her engagement. lupakan si biru! dia yang bodoh!

fes attempt menulis puisi. tiba2 bait2 ayat ni melintas dlm kepala.

2 comments:

Hazwan said...

ah..puisi ini bagus untuk si bodoh tapi mungkin agak berat.bagi aku la..takot orang bace terus moral down.ahaha!

Najwa_La said...

ahaha. aku mmg geram mse bwt neh
xpe2.klu die down lepas bce
aku bwt puisi laen plak
bg die up balik c: