-credits to Hazmi Mansor
My Hero. MUST SEE!!
Thursday, April 9, 2009
Thursday, April 2, 2009
Feseni UM dan Assignment!
tak ada kaitan pon antara feseni da assignment aku yang menggunung ni. Cuma saja aku na highlight kan tentang kesibukan aku bila na habis-habis sem ni. Banyak sangat assignment yang lecturer bagi. Ada subjek sampai 2 assignment dia bagi. Tak tidur aku! Presentation lagi. Jadi kalau aku tak datang meeting tuh, paham-paham lah. Sekarang ni, jumlah assignment dan presentation aku meningkat kepada 7. Minggu lecture tinggal seminggu je lagi. Itu pun masih na bagi banyak-banyak tugasan. Melampau betul UM sekarang ni...
Walaubagaimana sibuk pon aku, aku masih berkesempatan pergi tengok Pop Band @ Feseni 2009. Thanks to Ikhe sebab belanja tiket dan hantar aku pulang sebab ayah tak bagi aku drive sorang-sorang bile malam semakin larut. *pehh... ayat!*
Tengah enak melayan performance kolej 5 *kot*, tiba-tiba ada announcement suruh evacuate DTC. Katanya sebab ada ancaman keselamatan. Dengar-dengar ada bomb threat. Tak tahulah betul atau tak. Anyway, aku malas na membebel, sebab Jimi tengah tunggu aku untuk buat assignment SAD yang kena hantar esok! Ada piccas, jadi, sila enjoy!
bro ni suara best! tahniah KK9

Walaubagaimana sibuk pon aku, aku masih berkesempatan pergi tengok Pop Band @ Feseni 2009. Thanks to Ikhe sebab belanja tiket dan hantar aku pulang sebab ayah tak bagi aku drive sorang-sorang bile malam semakin larut. *pehh... ayat!*
Tengah enak melayan performance kolej 5 *kot*, tiba-tiba ada announcement suruh evacuate DTC. Katanya sebab ada ancaman keselamatan. Dengar-dengar ada bomb threat. Tak tahulah betul atau tak. Anyway, aku malas na membebel, sebab Jimi tengah tunggu aku untuk buat assignment SAD yang kena hantar esok! Ada piccas, jadi, sila enjoy!
bro ni suara best! tahniah KK9
Labels:
breaking news,
leisure,
pictures
Wednesday, March 25, 2009
alahai MPMUM
Pertama-tamanya, aku ucapkan tahniah pada PMIUM sebab mereka berjaya menguasai majoriti kerusi umum di Universiti Malaya. Dan pada waktu ini, aku juga rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah itu kan? Better late than never, they say!
.
.
Harapnya dengan perubahan pucuk pimpinan di UM kali ini dapat meng-improve kan lagi segala cacat cela *aku cuba mencari ayat terbaik, but failed!*. Bagus jugak ada perubahan, kalau tak, bosan pulak kan? Lagipun, bagi la peluang sekali. Kalau ok, boleh undi lagi tahun depan. Kalau tak, sekali aje la jawab nya!
.
.
Tapi kat sini ada beberapa perkara aku na highlight kan. Aku rasa ada baiknya jika MPMUM sessi ini lebih mementingkan perihal dalam kampus berbanding campur tangan dalam urusan politik luar. Ingin aku tekankan, politik kampus dan politik 'real world' are two totally different entity. Kami mahasiswa UM lebih memerlukan pemimpin pelajar yang peka dengan permasalahan kami berkaitan kampus berbanding isu-isu luar. Suara-suara kami ini siapa yang na dengar, wahai MPMUM?
.
.
Contoh 1:
TNC dah keluarkan perutusan, untuk sessi 2009/2010, semua pelajar tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk kenderaan bermotor termasuk lori dan traktor. Pelajar tahun 3 pulak hanya dibenarkan membawa motosikal. Alasannya, WE WANT TO GO GREEN *visit www.earthhour.org/malaysia*. Memang betul, social responsibilities sangat penting. Tapi macam mana dengan kami yang ada kelas kat 2 fakulti yang berbeza? Fakultinya jauh-jauh pulak tu. ye, memang ada shuttle bus, tapi bukan setiap masa. The situation is like this, bayangkan kelas yang back-to back. Pukul 1-2, System Analysis di FSKTM. Pukul 2-4, Intoductory Accounting di FPP. Kalau na jalan, maulah ambil masa 15 minit. Tu kalau bigwalk lah. Na tunggu shuttle bus? Hah, buatnya shuttle lambat? Maunya aku kena lock kat luar lecture hall tu. Kalau na bawa moto pon, bukan semua ada lesen. Contohnya aku ni.
.
Solution contoh 1:
Boleh tak MPMUM usahakan supaya, pelajar tahun 3 yang tinggal luar kampus sahaja dibenarkan bawa kereta? This is vital, sebab, tak kan da 3rd year masih mahu ponteng kelas? Datang lambat. Some of us are in our final year tau tidak? Kami na grad cepat, na kerja and kawin! Bukan semua umat manusia ni ada lesen moto. Lagipun, sangat inconvenience lah bila kelas kami ni ada pada waktu malam. Shuttle mana ada malam-malam ni. Tolonglah pertimbangkan.
.
.
Contoh 2:
Kenapa na bantah PPSMI? Bukan kah English tu lingua franca? *ewah aku* . Kenapa harus sempitkan minda? Bukan na pinggirkan Bahasa Melayu. Bahasa itu tak pernah terpinggir pun. Kalau kat rumah, kita cakap Melayu jugak kan? Apa yang terpinggirnya? Setakat 2 subjek itu saja yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Tak luak lah! Yang penting, masing-masing tak lupa akar umbi. That's what matters. Kalau na kata guru-guru tak terlatih untuk mengajar dalam English. kita latih la. Math and Scientific terms kebanyakkan nya memang dalam Bahasa Inggeris. So, guna aje lah. Bila dah masuk U nanti, belajar dalam English jugak. Bukan kah melentur buluh dari rebungnya? Kalau da jadi buluh macam kita ni, memang English kemana, Manglish je jadinya.
.
.
Apa pun, aku harapkan pimpinan MPMUM kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. WE LOVE UM. *bukan sebab ini tagline PMIUM ok. sebab memang aku sayang UM. as if*
Labels:
repekan maut
Monday, March 23, 2009
KESiBUKAN ASSiGNMENT MELAMPAU
SANGAT SANGAT SIBUK
nak kentut pon tak ada masa
nanti nanti saja aku update hokeh?
by the way, I NEED TO BREAKAWAY~
Labels:
leisure
Sunday, March 15, 2009
Kau, Aku dan Definisinya
Manusia: Ciptaan Tuhan Paling Sempurna
Tapi, sempurnakah kita?
.
.
*letak tangan atas dagu, menung, dan fikir*
.
.
Aku suka perhati manusia
They are capable of doing WONDERS
under special circumstances
or even not so special ones
.
.
Manusia, oh manusia
Aku juga manusia, macam kamu semua
Kadang mula rasa lemah
Sedih
Marah
HOPELESS
Bagus
Selalunya macam bagus aje
.
.
But humans do fascinate me
Really...
Manusia itu boleh juga jadi objek seperti talam
Dua muka pulak tuh
Sungguh fascinating kan?
Kau rasa dia baik? Dia kawan dunia akhirat?
Care about you? Look after you?
Think again babe!!
Di dalam dia itu, ada seseorang yang belum kau kenal
Some stranger eh? Some stranger...
.
.
It thrills me how humans can stab friends from the back
Tergamak sungguh
Oh, bukan sekadar stab... Makan sekali kot!
Itu baru kawan. Lawan?
Belum tengok dalam family lagi. Shocked!
.
.
Aku suka tengok manusia yang banyak duit
And how they give alms to the poor
Dan macam mana pula mereka biarkan duit dan harta itu hancurkan mereka
Macam mana juga lagaknya mereka bila rasa
Sekeliling mereka ini orang bangsat
Bangsa sampah, tiada maruah...
Apa aku peduli harta dunia kau?
Aku peduli apa handbag Coach RM10,000 kau?
Atau kasut Primavera RM300++
Atau juga rumah besar di kawasan elit yang kau diami?
Dalam kubur nanti kita sama-sama pakai kain kapan RM2 satu meter
.
.
Aku juga suka lihat manusia berpelajaran
Macam-macam mereka belajar
Bahasa lah, Matematik lah, Kimia lah, Tafsir lah, Sunnah lah
Dan macam mana mereka pandai brag pasal semua ilmu yang ditimba
Tapi mereka cuma manusia berpelajaran saja
Bukan manusia BERILMU
Sebab ilmu yang dipelajari tak pernah di apply kan pada diri sendiri
Pada keluarga terdekat
Orang sekarang pandai mengaji
Tegur orang lain sana sini
Pergi cari orang jahil 4 5 batu jauhnya
Berdakwah... Sampaikan ilmu
Amar Makruf Nahi Mungkar
Mungkar bawah kain macam mana?
Mungkar bawah hidung apa nak kata?
.
.
Ramai juga manusia yang aku tak paham
Dia betul segala
Walau orang semua tahu dia yang berak tengah jalan tadi
Pasal dia, family dia, kawan-kawan dia
Semuanya perfect
Manusia jenis ini aku respek
Sebab dia nekad buat orang benci sama dia
Tahniah!
.
.
Tapi manusia, bukan semua sama
Ada yang baik juga kan?
Kau amacam? Aku?
Alah... sikit-sikit tu adatlah
Kita manusia kan?
.
.
*or are you a cat or some other highly intelligent animal that could enjoy my humble blog?*
Labels:
repekan maut
Tuesday, March 3, 2009
Older but Wiser!
Allah Selamat kan Kamu
Allah Selamat kan Kamu!
21 suda. boleh dapat kunci
tapi fragrance Sean John: Unforgivable Women pon sangat ok suda!
Terima kasih kepada semua yang ingat dan beri ucapan!
Luv u guys~
p/s: terutama pada Mikki yang bagi card "For My Sis" dengan cop paw dia atas sampul!
Labels:
leisure
Saturday, February 21, 2009
Sedih Lagi dan Lagi
Al Fatihah...
Pagi tadi bila ayah buka pintu rumah, terkejut ayah. Tengok Cing tidur depan gate. Tak pernah-pernah dia buat macam tu. Ayah mulanya na balutkan ekor Cing yang luka, sebab bergaduh minggu lepas. Tapi bila ayah pergi dekat, muka Cing berdarah. Rupanya, Cing da tak ada. Ayah berkejar masuk rumah
"Makcik da mati. Kena langgar", terkejut lagi aku dengan mama. Mama baru keluar bilik air
Mama menangis terus naik atas pakai baju. Aku mulanya tak mahu keluar. Aku tak mahu tengok. Tapi aku keluar juga. Cing terbaring tepi jalan, dekat depan gate. Banyak darah atas jalan. Tapi badan dia tak ada darah. Mungkin concussion yang buatkan darah keluar dari rongga. Tapi yang pasti, Cing da tak ada...
Lepas ini, kalau pulang, tak ada lagi dia akan sambut kami. Golek-golek minta ayah usap. Bakul tempat tidur dia pun boleh disimpan lepas ini. Dish dekat luar boleh bagi Mikki pakai. Tak ada lagi aku sukat-sukat Iams untuk bagi dia makan, tak boleh letak banyak, nanti kucing lain yang datang makan. Rindu, rindu...
p/s: menangis lagi aku...
"Makcik da mati. Kena langgar", terkejut lagi aku dengan mama. Mama baru keluar bilik air
Mama menangis terus naik atas pakai baju. Aku mulanya tak mahu keluar. Aku tak mahu tengok. Tapi aku keluar juga. Cing terbaring tepi jalan, dekat depan gate. Banyak darah atas jalan. Tapi badan dia tak ada darah. Mungkin concussion yang buatkan darah keluar dari rongga. Tapi yang pasti, Cing da tak ada...
Lepas ini, kalau pulang, tak ada lagi dia akan sambut kami. Golek-golek minta ayah usap. Bakul tempat tidur dia pun boleh disimpan lepas ini. Dish dekat luar boleh bagi Mikki pakai. Tak ada lagi aku sukat-sukat Iams untuk bagi dia makan, tak boleh letak banyak, nanti kucing lain yang datang makan. Rindu, rindu...
p/s: menangis lagi aku...
Labels:
breaking news,
pictures












