Pertama-tamanya, aku ucapkan tahniah pada PMIUM sebab mereka berjaya menguasai majoriti kerusi umum di Universiti Malaya. Dan pada waktu ini, aku juga rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah itu kan? Better late than never, they say!
.
.
Harapnya dengan perubahan pucuk pimpinan di UM kali ini dapat meng-improve kan lagi segala cacat cela *aku cuba mencari ayat terbaik, but failed!*. Bagus jugak ada perubahan, kalau tak, bosan pulak kan? Lagipun, bagi la peluang sekali. Kalau ok, boleh undi lagi tahun depan. Kalau tak, sekali aje la jawab nya!
.
.
Tapi kat sini ada beberapa perkara aku na highlight kan. Aku rasa ada baiknya jika MPMUM sessi ini lebih mementingkan perihal dalam kampus berbanding campur tangan dalam urusan politik luar. Ingin aku tekankan, politik kampus dan politik 'real world' are two totally different entity. Kami mahasiswa UM lebih memerlukan pemimpin pelajar yang peka dengan permasalahan kami berkaitan kampus berbanding isu-isu luar. Suara-suara kami ini siapa yang na dengar, wahai MPMUM?
.
.
Contoh 1:
TNC dah keluarkan perutusan, untuk sessi 2009/2010, semua pelajar tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk kenderaan bermotor termasuk lori dan traktor. Pelajar tahun 3 pulak hanya dibenarkan membawa motosikal. Alasannya, WE WANT TO GO GREEN *visit www.earthhour.org/malaysia*. Memang betul, social responsibilities sangat penting. Tapi macam mana dengan kami yang ada kelas kat 2 fakulti yang berbeza? Fakultinya jauh-jauh pulak tu. ye, memang ada shuttle bus, tapi bukan setiap masa. The situation is like this, bayangkan kelas yang back-to back. Pukul 1-2, System Analysis di FSKTM. Pukul 2-4, Intoductory Accounting di FPP. Kalau na jalan, maulah ambil masa 15 minit. Tu kalau bigwalk lah. Na tunggu shuttle bus? Hah, buatnya shuttle lambat? Maunya aku kena lock kat luar lecture hall tu. Kalau na bawa moto pon, bukan semua ada lesen. Contohnya aku ni.
.
Solution contoh 1:
Boleh tak MPMUM usahakan supaya, pelajar tahun 3 yang tinggal luar kampus sahaja dibenarkan bawa kereta? This is vital, sebab, tak kan da 3rd year masih mahu ponteng kelas? Datang lambat. Some of us are in our final year tau tidak? Kami na grad cepat, na kerja and kawin! Bukan semua umat manusia ni ada lesen moto. Lagipun, sangat inconvenience lah bila kelas kami ni ada pada waktu malam. Shuttle mana ada malam-malam ni. Tolonglah pertimbangkan.
.
.
Contoh 2:
Kenapa na bantah PPSMI? Bukan kah English tu lingua franca? *ewah aku* . Kenapa harus sempitkan minda? Bukan na pinggirkan Bahasa Melayu. Bahasa itu tak pernah terpinggir pun. Kalau kat rumah, kita cakap Melayu jugak kan? Apa yang terpinggirnya? Setakat 2 subjek itu saja yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Tak luak lah! Yang penting, masing-masing tak lupa akar umbi. That's what matters. Kalau na kata guru-guru tak terlatih untuk mengajar dalam English. kita latih la. Math and Scientific terms kebanyakkan nya memang dalam Bahasa Inggeris. So, guna aje lah. Bila dah masuk U nanti, belajar dalam English jugak. Bukan kah melentur buluh dari rebungnya? Kalau da jadi buluh macam kita ni, memang English kemana, Manglish je jadinya.
.
.
Apa pun, aku harapkan pimpinan MPMUM kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. WE LOVE UM. *bukan sebab ini tagline PMIUM ok. sebab memang aku sayang UM. as if*