Ehem ehem... kembali! Masuk hari ni da 2 minggu Hubby kat ALAM. Tinggal lagi seminggu je. Gila rindu aku. Serious. Mula-mula ingat ok ok je, sekali rindu jugak. Urghh. But I'm very sure he feels the same, sebab semenjak dua menjak ni selalu curi-curi contact aku pakai handphone member dia yang berjaya di smuggle. *oh, alamak! pecah tembelang.*
.
Esok na berangkat ke Melaka, the state famous with their reputation of being the state with the most cases of H1N1. *betul ke ni?* Orang Melaka jangan marah aa. Betulkan aku kalau aku salah. Walaupun da dekat dengan ALAM, tapi still tak boleh na jumpa. Waaaaa... Meraung-raung la aku depan gate ALAM tu.
.
This past few weeks, aku sudah dipenuhi dengan projek-projek 'picisan', seperti pilih tajuk untuk presentation group, group project dan berbagai-bagai aktiviti lagi. Sangat bosan dan sangat penat. Huh, tu lah. Haritu masa cuti sem, na sangat cepat-cepat naik sem baru. Ni kan da pening-pening kerbau dah.
.
Pintu masuk UM juga boleh tahan sesak sejak hari pertama penguatkuasaan pelekat kenderaan dilakukan. Tapi dalam minggu ni, semua beransur pulih. Da tak ada line panjang depan gate KL and PJ. Kalau tak, kau akan ingat ada accident kat depan sana. Nasib baik jugak aku berjaya dapatkan sticker *credits to Ikhe dan ehem ehem nya c:*. Kalau tidak, aku kena parking dekat parking lot depan KKTAZ, dan ambil shuttle bus keliling UM, dimana aktiviti tersebut yang cuba aku elakkan selama 3 tahun berada di UM. *naik bas buat aku mual dan ngeri, sebab masa selekoh aku rasa macam bas tu na terbalik.*
.
Last sekali, aku da tak tahu na tulis apa, sebab memang aku tak ada idea. Haaa, lagi satu. Siapa penyelia wanita KKTAZ yang gempal tu? Dia agak menjengkelkan. 1 word, IEEEUUUUWWWW!